Joss Stone Jadi Gadis Bond Menerusi Permainan Video - Berita Hiburan | mStar

Joss Stone Jadi Gadis Bond Menerusi Permainan Video

Diterbitkan: Ahad, 18 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENYANYI soul Joss Stone (gambar) akhirnya berpeluang muncul sebagai gadis ejen 007, James Bond menerusi permainan video.

Activision telah merancang permainan James Bond 007: Blood Stone. Menurut Contactmusic, Sabtu, bintang filem The Tudors itu akan muncul dalam video tersebut.

Bintang Bond, Daniel Craig dan Dame Judi Dench juga akan muncul dalam permainan video itu.

Selain itu, Joss akan merakam sebuah lagu runut bunyi bertajuk I'll Take It All yang akan diterbitkan bersama-sama permainan terbaru Bond itu.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan