'Jom Main!' Untuk Gaya Hidup Anak Yang Lebih Aktif

Diterbitkan: Ahad, 18 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Salah satu aktviti yang dilakukan dalam Jom Main!.
Salah satu aktviti yang dilakukan dalam Jom Main!.

UNTUK memastikan perkembangan yang menyeluruh buat anak kita, apakah yang harus mereka lakukan? Adakah mereka perlu disuruh “jangan lupa makan sayur”, “tidur awal” atau “buat kerja rumah matematik”?

Johnson’s® baby Powder mengesyorkan anda untuk katakan kepada anak kecil “Jom Main!”

Menerusi pelancaran rancangan Jom Main! Musim 2 bersama Johnson’s® baby Powder, jenama penjagaan bayi terkemuka ini berjaya menunjukkan bahawa bermain serta aktiviti fizikal penting untuk pembangunan sihat mental dan fizikal kanak-kanak.

Untuk menyaksikan kebaikan yang diperolehi oleh kanak-kanak semasa bermain serta cara beriadah bersama anak-anak anda, saksikan siri Rancangan Jom Main! Musim 2 bersama Johnson’s® baby Powder yang disiarkan di TV9, setiap Sabtu mulai 17 Julai ini pada jam 5.37 petang.

Pengarah Urusan Johnson & Johnson Sdn Bhd, Joyce Lee dalam ucapannya semasa pelancaran media rancangan itu berkata rancangan Jom Main! Johnson’s® baby Powder mencerminkan usaha berterusan jenama itu untuk menggalakkan aktiviti bermain di kalangan kanak-kanak bagi perkembangan insan yang sihat dan menyeluruh di Malaysia selain memupuk perhubungan unik yang erat antara ibu dan anak-anak mereka.

Lee menerangkan yang kanak-kanak sekarang kekurangan masa dan galakan daripada ibu bapa untuk bermain.

“Kanak-kanak sekarang dihiburkan dengan televisyen dan permainan komputer, dalam rumah. Ramai yang mempunyai aktiviti yang berstruktur selepas sekolah, seperti tuisyen dan kelas akedemik tambahan, dan tidak berada di rumah sewaktu masa bermain (sebelum matahari terbenam). Tidak perlu dikatakan lagi, ibu bapa tidak menggalakkan mereka bermain tanpa pengawasan orang dewasa merupakan sesuatu yang tidak selamat,” katanya.

Rancangan Jom Main! Musim 2 bersama Johnson’s® baby Powder diterbitkan untuk menunjukkan kelebihan gaya hidup yang lebih aktif serta bagaimana perhubungan erat antara ibu bapa dengan anak dapat diperkukuhkan lagi dengan bermain bersama-sama. Rancangan yang menarik ini menggabungkan emosi realiti TV dan keseronokan rancangan game show yang hebat untuk sebuah siri televisyen yang menyeronokkan.

Rancangan sepanjang enam episod ini bermula dengan lapan pasukan yang terdiri daripada pasangan ibu dan anak warga Malaysia yang bersaing antara satu sama lain dalam aktiviti yang diberikan setiap minggu.

Satu pasukan akan terkeluar di akhir setiap episod hingga dengan empat pasukan teratas sahaja yang akan bersaing di episod akhir untuk merebut Hadiah Utama berupa wang tunai RM10,000.

“Kami tidak menjangka keseronokan yang kami alami. Haikal dan saya berasa hebat apabila berjaya mengharungi cabaran yang diberi, dan saya terkejut kerana tidak sangka dia mempunyai potensi dalam sukan!” kata Nora, ibu kepada Haikal berumur 5 tahun.

Mereka berdua menjadi salah satu pasukan dalam rancangan tersebut.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan