Semua Filem Box-Office Ditayang Mengikut Skim Wajib Tayang

Diterbitkan: Sabtu, 17 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Majlis doa selamat filem, Adnan Sempit pada 26 Februari 2010. - Foto THE STAR Oleh KAMARUL ARIFFIN
Majlis doa selamat filem, Adnan Sempit pada 26 Februari 2010. - Foto THE STAR Oleh KAMARUL ARIFFIN

KUALA LUMPUR: Perbadanan Filem Nasional (Finas) hari ini menegaskan bahawa semua filem yang mencapai kutipan box-office telah ditayangkan melalui Skim Wajib Tayang.

Ia termasuk filem Adnan Sempit yang mencatat kutipan RM7.7 juta, Niyang Rapik (RM3.7 juta), V3: Samseng Jalanan (RM3.9 juta), KL Drift 2 (RM5.7 juta) dan Lagenda Budak Setan (RM4.3 juta).

Dalam satu kenyataan, Finas berkata mereka sentiasa komited dalam membantu kejayaan sesebuah filem karya penerbit tempatan melalui skim tersebut.

Katanya, skim yang diwujudkan pada tahun 1990 itu bertujuan membantu penerbit filem mengutip pendapatan maksimum melalui penetapan tarikh dan pawagam bagi tayangan sesebuah filem.

"Tempoh wajib tayang adalah 14 hari dan terdapat peruntukan untuk menukar pawagam atau menarik semula tayangan sekiranya sambutan penonton kurang daripada yang ditetapkan iaitu sebanyak 15 peratus. "Tarikh-tarikh tayangan yang dicadangkan Finas adalah untuk mengelak pertembungan tayangan antara filem-filem tempatan," kata kenyataan itu yang menjawab dakwaan di blog bahawa skim itu tidak mampu memajukan industri tempatan.

Dari 2008 hingga sekarang, sebanyak 67 buah filem telah ditayangkan melalui Skim Wajib Tayang, dengan 20 mencatat kutipan tiket antara RM3.88 juta dan RM7.66 juta. - Bernama

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan