Nawal Al-Zoghbi Akur Tidak Seksi Beraksi Di Malaysia

Diterbitkan: Sabtu, 17 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tan Sri Syed Yusof Tun Syed Nasir bertanggungjawab membawa penyanyi popular Nawal Al-Zoghbi ke Malaysia
Tan Sri Syed Yusof Tun Syed Nasir bertanggungjawab membawa penyanyi popular Nawal Al-Zoghbi ke Malaysia

KUALA LUMPUR: Penyanyi popular Lubnan, Nawal Al-Zoghbi yang dikenali dengan imej seksi di negaranya akur dengan garis panduan dan peraturan berpakaian di Malaysia bagi mengadakan konsert sulongnya di negara ini pada 16 Ogos 2010.

Pengerusi Jojo Events Sdn Bhd, Tan Sri Syed Yusof Tun Syed Nasir memberitahu perkara tersebut telah pun dibincangkan dan Nawal telah bersetuju dengan etika pemakaian yang terpaksa diikutinya.

"Saya tahu negara kita ada peraturan dalam cara berpakaian, jadi perkara ini kami telah bincangkan awal-awal lagi dengan Nawal dan dia juga faham serta tidak keberatan.

"Apa yang lebih penting ialah suara dia yang seksi bukan pemakaiannya," jelasnya ketika ditemui pada sidang media Konsert Nawal Al-Zoghbi Live In Malaysia 2010 di Hard Rock Cafe semalam.

Dalam pada itu, Tan Sri Syed Yusof mengakui memperuntukkan perbelanjaan yang agak besar untuk membawa penyanyi bertaraf antarabangsa ini ke Malaysia.

"Bagi membawa nama besar ke Malaysia memang kita perlukan satu perbelanjaan yang agak besar tetapi bagi saya berbaloi sebab ia akan menarik ramai pelancong Timur Tengah untuk menyaksikannya.

"Secara tidak langsung ia membantu dari segi perlancongan negara. Setakat ini ramai juga media dari Timur Tengah yang beri maklum balas untuk datang membuat liputan ke Malaysia," jelasnya.

Pada konsert tersebut, Nawal akan membawa lagu-lagu hit dari 13 buah albumnya dihadapan lebih 4,000 penonton di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

"Kami berbesar hati membawa artis kelas A dari bumi Arab yang mempunyai rangkaian peminat di seluruh Asia. Kami juga menjanjikan persembahan yang terbaik bagi malam tersebut," katanya.

Pihak penganjur juga turut menyelitkan sentuhan amal degan memilih Rumah Nursalam sebagai penerima amal pada malam persembahan eksklusif ini. Sebanyak RM30,000 dari penjualan tiket akan disumbangkan kepasa Rumah kebajikan tersebut.

Selain itu juga, penyanyi tanah air, Faizal Tahir akan memeriahkan konsert tersebut sebagai penyanyi undangan. Tiket-tiket noleh didapati melalui laman web www.ticketpro.com.my. Harga tiket bermula daripada RM188, RM288, RM388 dan RM888.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan