Cerai : Maya Karin Mahu Privasi Tidak Diganggu

Diterbitkan: Sabtu, 17 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Maya Karin,31, telah bercerai talak satu dengan Muhammad Ali,40, atau nama asalnya Steven David Shorthose.

Penceraian itu diputuskan oleh Hakim Syarie, Mohd Amran Mat Zain selepas pasangan tersebut hadir di hadapannya di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Jumaat.

Dalam satu mesej menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang dikirim melalui wakil syarikat rakaman Maya iaitu Satu Entertainment, pasangan itu membuat kenyataan bersama berhubung penceraian terbabit.

Mesej berkenaan dihantar kepada media kira-kira pukul 9.30 malam, Jumaat, bagi memaklumkan perkara tersebut selain meminta agar privasi mereka tidak diganggu.

Berikut ini disiarkan kenyataan ringkas berkenaan:

"Kami (Maya dan Muhammad Ali) pada hari ini, (16.7.2010) ingin memaklumkan telah mendapat persetujuan bersama daripada mahkamah syariah untuk bercerai.

"Keputusan kami untuk berpisah dilakukan selepas membuat banyak pertimbangan selain mencari penyelesaian mendalam.

"Kami percaya dengan keputusan ini, ia menandakan masalah ini ditutup dan kami sangat menghargai jika privasi kami dapat dihormati tanpa sebarang spekulasi oleh pihak media pada masa hadapan," kata mereka.

Perceraian itu berlaku genap sepuluh hari selepas permohonan Maya dan suami untuk mengesahkan pernikahan yang dilangsungkan di luar negara dibenarkan oleh mahkamah yang sama.

Pergolakan rumah tangga Maya dan Muhammad Ali atau nama sebenarnya Steven David Shorthose sudah menjadi perbualan sejak akhir tahun lalu dan dikhabarkan mereka akan bercerai apabila hadir di mahkamah sama pada 24 Jun lalu.

Bagaimanapun, tekaan itu melesat kerana pada 7 Julai lalu, Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaluddin menerima permohonan mereka untuk mengesahkan perkahwinan.

Perceraian ini sekali gus menamatkan spekulasi yang mengatakan mereka sememangnya tidak bahagia selepas dua tahun berumah tangga.

Maya dan Muhammad Ali berkahwin dalam suasana romantis pada 14 Ogos 2008 di Villa Corte de Lago, Itali.

Majlis resepsi mereka diadakan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) pada 26 Ogos tahun yang sama.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan