Anak Sarah Palin Bertunang Sekali Lagi Dengan Levi Johnston

Diterbitkan: Sabtu, 17 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Bristol Palin bergambar bersama Levi Johnston dan anak mereka, Tripp pada muka hadapan majalah US Weekly pada 26 Julai 2010. - Foto AP
Bristol Palin bergambar bersama Levi Johnston dan anak mereka, Tripp pada muka hadapan majalah US Weekly pada 26 Julai 2010. - Foto AP

ANAK perempuan Sarah Palin, Bristol Pali, sekali lagi bertunang dengan Levi Johnston, bapa kepada bayi lelaki mereka.

Pasangan itu pernah bertunang tetapi berpisah selepas kelahiran anak itu.

"Sudah tentu kami ingin apa yang terbaik untuk anak kami," kata Palin menerusi satu kenyataan kepada media.

"Bristol percaya kepada penebusan dan pemaafan. Kebanyakan kita sukar mengamalkannya dalam kehidupan harian kita," tambahnya.

Bristol hamil ketika berusia 17 tahun dan anak mereka dilahirkan pada 2008.

Walaupun pasangan itu berpisah pada 2009, mereka mengejutkan orang ramai dengan berita pertunangan mereka baru-baru ini.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan