Negara Arab Haramkan Filem "Lamhaa" - Berita Hiburan | mStar

Negara Arab Haramkan Filem "Lamhaa"

Diterbitkan: Jumaat, 16 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUMBAI: Beberapa negara Arab mengharamkan filem “Lamhaa” yang mengisahkan kehidupan sebenar masyarakat di Kashmir kerana dianggap menghina Islam.

Lima negara Arab iaitu Emiriah Arab Bersatu, Kuwait, Qatar dan Oman telah memutuskan untuk tidak menayangkan filem tersebut di negara mereka yang menggambarkan kekerasan di wilayah yang majoritinya penduduk Islam itu.

Pengarah filem tersebut Rahul Dholakia berkata, filem itu telah mendapat kelulusan daripada kerajaan India dan ia sepatutnya tidak menjadi masalah untuk ditayangkan kepada umum.

“Filem ini tiada bantahan daripada kerajaan India tetapi sayangnya negara-negara Arab tidak mengambil pendekatan serupa dan saya amat kecewa,” katanya.

Dholakia menambah dia terkejut dengan pengharaman filem itu sedangkan ia berkisah tentang keamanan dan persaudaraan.

Penerbitnya Bunty Walia berkata, syarikat pengedar filem Timur Tengah mengesahkan filem tersebut telah diharamkan. Filem yang dilakonkan Sanjay Dutt dan Bipasha Basu itu menemui penonton di India pada Jumaat lalu.

“Mengharamkan sebuah filem yang jujur? Apa yang terjadi pada kebebasan berekspresi?” soal Basu menerusi halaman Twitternya, Rabu lalu.

Lembaga Penapisan Filem India menghasilkan klip bagi mempromosikan filem itu dengan menerangkan Kashmir sebagai tempat paling berbahaya di dunia sehingga memaksa Dholakia membuat beberapa pemotongan semula.

Penduduk tempatan juga dikatakan marah dan meminta kru melakukan penggambaran semula adegan tembak-menembak dii wilayah yang hancur akibat pertempuran dan protes pemisah agama selama beberapa dekad.

Konflik di Kashmir merupakan warisan penduduk India selepas berakhirnya kekuasaan Inggeris pada tahun 1947 sehingga menyebabkan berlakunya peperangan di antara India dan Pakistan - AFP

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan