Malam Lagenda Perdana Bersama Seniman Untuk Jamil Sulong

Diterbitkan: Jumaat, 16 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Antara barisan anggota Seniman, artis baru dan lama yang turut memeriahkan sidang media di Finas Foto The Star Oleh DALILAH NADIAH MOHD SHAHRIFUDDIN
Antara barisan anggota Seniman, artis baru dan lama yang turut memeriahkan sidang media di Finas Foto The Star Oleh DALILAH NADIAH MOHD SHAHRIFUDDIN

KUALA LUMPUR: Persatuan Seniman akan menganjurkan Malam Lagenda Perdana "Tiada Kata Secantik Bahasa" khas memperingati jasa Datuk Jamil Sulong yang bakal diadakan pada 5 ogos ini.

Ia akan diadakan di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Malam tersebut juga bertujuan menghargai karya-karya daripada Datuk Jamil Sulong yang juga antara pengarah filem Melayu terawal selain melancarkan buku-buku tulisan beliau iaitu Warisan dan Wawasan serta Tiada Kata Secantik Bahasa.

Menurut Presiden Persatuan Seniman, Harun Salim Bachik, majlis itu merupakan salah satu usaha daripada Seniman bagi menghargai tokoh-tokoh dalam industri hiburan agar terus diingati terutamanya bagi generasi baru.

"Seniman tidak mahu mereka dipinggirkan dalam keadaan begini. Kami mahu generasi baru kenal dan tahu jasa orang-orang lama yang banyak membantu industri filem tempatan.

"Dalam majlis ini nanti, kita turut menjemput artis-artis lama dan baru bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahaim antara satu sama lain, pelbagai acara telah dirancang bagi mengenang kembali hasil karya Datuk jamil" jelasnya.

Dalam pada itu, Datin Rosnani Jamil menyifatkan usaha murni ini sebagai penghargaan yang tidak ternilai kepada dia dan keluarga.

"Saya bagi pihak Abah (gelaran kepada Datuk Jamil Sulong) berasa terharu terhadap kesungguhan Seniman menganjurkan majlis ini. Biarpun keadaan beliau kini agak tidak berapa baik tapi dia berjanji akan hadir pada majlis tersebut.

"Bagi artis baru yang turut memeriahkan lagi majlis ini nanti saya ucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi meraikan Abah biarpun kebanyakkan artis muda tidak mengenalinya," jelas Rosnani mewakili Datuk Jamil yang tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan.

Dalam pada itu, Datin Rosnani atau lebih mesra dengan panggilan Mak Nani turut menceritakan rasa sedih dan kecewa suaminya apabila orang hanya mengenali lagu P.Tamlee tanpa mengambil berat penulis liriknya.

Kata Rosnani, tidak ramai yang tidak tahu lagu-lagu seperti Anakku Sazali, Tiada Kata Secantik Bahasa, Dengar Ini Cerita, Tiru Macam Saya, Merak Kayangan dan banyak lagi ditulis oleh suaminya.

"Dia hanya mengadu kepada saya tentang rasa sedihnya kerana tidak diingati seperti mana orang lain mengingati P.Ramlee. Banyak lagu-lagu yang ditulis suami saya untuk P.Ramlee tetapi ramai yang tidak mengetahuinya," katanya.

Bercerita tentang bidang penulisan, Jamil yang akan menyambut ulang tahun kelahiran ke 84 pada tahun ini masih lagi aktif berkarya. Malah hasil karyanya masih lagi mempunyai nilai tersendiri.

"Abah terlalu sayangkan bidang penulisan sehingga sekarang dia masih lagi aktif menulis biarpun keadaan kesihatan tidak berapa baik.

"Saya yang menaipnya untuk disimpan. Walaupun sudah agak uzur bahasa yang digunakan masih seperti dahulu. Mak sendiri tersentuh setiap kali membaca hasil-hasil karyanya.

Sementara itu, dijangkakan seramai 32 artis lama dan baru akan terlibat pada malam tersebut dengan pelbagai acara. Bagi yang berminat untuk menyertainya boleh menghubungi pihak Seniman ditalian 03- 41055442.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan