Luna Maya Hanya Diperiksa, RCTI Tamat Kontrak

Diterbitkan: Jumaat, 16 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Pelakon Luna Maya yang masih tidak mengaku terlibat melakukan adegan seks dengan Ariel Peterpan tidak ditahan polis seperti yang dilaporkan sebaliknya diambil keterangan sebagai suspek kes itu.

Portal Inilah.com dalam laporan yang disiarkan Khamis, pukul 7.55 malam (8.55 malam waktu Malaysia), melaporkan seorang jurucakap polis Jakarta, Edward Aritonang berkata Luna hanya diperiksa.

Menurut sumber, selepas menjalani pemeriksaan di balai polis, Luna dikatakan keluar bersama rakannya bernama Camelia Malik keluar dari pintu belakang dengan kenderaan jenis Toyota Fortuner berwarna hitam.

Sementara itu menerusi portal yang sama, stesen televisyen Rajawali Citra Televisi Indonesia (RCTI) menamatkan tugas Luna Maya sebagai pengacara rancangan Dahsyat atas alasan untuk menjaga perasaan rakyat Indonesia.

Pengarah Rancangan dan Produksi RCTI, Harwisi Achmad berkata, disebabkan Luna Maya merupakan suspek kes itu, peranannya sebagai pengacara untuk program tersebut terpaksa ditamatkan.

Katanya, perkara itu tidak dimaklumkan kepada Luna tetapi keputusan berkenaan adalah tepat.

"Terus terang kami belum bertemu pihak Luna Maya tetapi tindakan yang kami lakukan ini untuk kebaikan bersama. Saya yakin jika Luna masih menjadi pengacara rancangan ini, ia akan mengundang persepsi negatif orang ramai. Kami menamatkan tugasnya dengan hormat,” katanya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan