Isteri Raul Tuduh KD Tak Tahu Malu

Diterbitkan: Jumaat, 16 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Krisdayanti atau KD yang mengaku masih memakai cincin hadiah daripada bekas kekasihnya, Raul Lemos dituduh tidak tahu malu oleh isteri Raul, Ata.

"Saya kata dia tidak tahu malu. Dia (KD) sepatutnya punya rasa malu. Malu pada masyarakat kerana sebelum ini dia memberitahu sudah putus hubungan tetapi sekarang masih mencintai," kata Ata di rumahnya di Jalan Siaga, Pejaten, Jakarta Selatan, Rabu, seperti dipetik Detikhot.com.

Menurut detikhot lagi, Ata juga menuduh KD berbohong ketika menangis dan mengaku sudah mengakhiri hubungannya dengan Raul. Dia juga menganggap permintaan maaf pelantun Menghitung Hari itu kepadanya juga tidak jujur.

"Bukan saya sahaja yang boleh melihat, masyarakat juga boleh menilai. KD selama ini berbohong," ujarnya.

Ata juga meminta KD bersabar jika ingin menikahi suaminya memandangkan dia baru sahaja memohon cerai daripada Raul.

Permohonan dilalukan di Mahkamah Negeri Timor Leste pada 8 Julai lalu.

Ata juga turut meminta KD yang juga adik kepada Yuni Shara itu tidak terus-menerus menghebahkan hubungannya dengan Raul.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan