Ibu Sakit, Cut Tari Mohon Tidak Ditahan Polis

Diterbitkan: Jumaat, 16 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Cut Tari tidak mahu ditahan seperti Luna Maya
Cut Tari tidak mahu ditahan seperti Luna Maya

BEKAS pengacara rancangan Insert, Cut Tari berharap tidak akan menerima nasib seperti Luna Maya yang ditahan polis. Ini kerana ibu Tari sedang sakit.

"Dia tidak mahu menerima nasib seperti Luna. Janganlah kerana Luna ditahan, dia juga akan menerima nasib serupa," ujar peguam mewakili Tari, Hotman Paris Hutapea, seperti dipetik DetikHot.com.

Menurut Hotman, anak guamnya juga tidak mengetahui mengapa Ariel belum mengakui video porno tersebut walaupun Tari sudah mengakuinya dan minta maaf.

Tari turut berasa bimbang dirinya akan menerima nasib seperti Luna yang ditahan dan diperiksa kerana enggan mengaku.

"Kami mendengar Luna diperiksa sampai tengah malam namun dia tidak mengaku. Jadi sepertinya hari ini mereka akan menentukan tindakan Luna itu," jelas Hotman.

Sedangkan Tari, Hotman melihat tiada alasan pihak polis untuk menahan anak guamnya itu.

"Cut Tari tidak menyukarkan keadaan, dia sudah mengaku dan mungkin tidak akan ditahan seperti Luna," ujarnya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan