Fringe Musim Kedua Bermula Ahad Ini

Diterbitkan: Jumaat, 16 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENGALAMAN luar biasa pasukan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) yang dianggotai Olivia Dunham, saintis Walter Bishop, dan anak lelakinya Peter Bishop, sewaktu menjalankan tugas akan dapat disaksikan apabila Fringe kembali ke udara di ntv7 untuk musim kedua.

Pelbagai penyakit pelik keupayaan adalah antara kejadian luarbiasa yang disiasat mereka bertiga.

Sebelum ini drama berunsur cereka sains itu berjaya menarik minat penonton Malaysia apabila mampu meraih jumlah penomnton sebanyak 5.5 juta orang pada musim pertamanya.

Siri ini akan bersiaran selama 22 episod pada setiap Ahad bermula 18 Julai ini pukul 8.30 malam.

Anna Torv, John Noble dan Joshua Jackson kembali memegang watak sebagai Olivia Dunham, Walter Bishop dan Peter Bishop.

“Fringe terus menampakkan peningkatan baik dari segi kreatif dan juga penonton. Kami sangat teruja dengan kejayaan Fringe yang akan terus menambat hati penonton untuk musim berikutnya!” kata penerbit eksekutif siri tersebut, JJ Abrams.

Dalam episod akhir musim pertama, Olivia menjangka dirinya akan diperkenalkan kepada bekas rakan kongsi Walter Bishop dan pengasas Massive Dynamic bernama William Bell (bintang undangan Leonard Nimoy).

Sebaliknya dia didedahkan kepada kewujudan alam semesta selari dan keupayaan memasuki dua alam berlainan.

Alam semesta baru itu mempunyai sejarah misteri serta rahsia tersendiri, yang terbukti apabila Walter melihat kubur anak lelakinya sendiri.

Sementara itu Peter, dalam usahanya yang sibuk mengejar maklumat tentang lawatan Olivia, tidak menyedari akan ancaman kuasa jahat yang bakal menimpa mereka semua.

Walter pula kembali ke makmal untuk mencari penyelesaian melalu ilmu sains sambil terus berusaha memperbaiki perhubungannya dengan Peter.

Untuk maklumat lanjut, layarilah laman web www.ntv7.com.my .

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan