Rakaman Audio Bukti Mel Gibson Pukul Kekasih - Berita Hiburan | mStar

Rakaman Audio Bukti Mel Gibson Pukul Kekasih

Diterbitkan: Rabu, 14 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mel Gibson dan Oksana Grigorieva hadir ke tayangan perdana filem Edge Of Darkness di Paris pada 4 Februari, 2010. - Foto AP
Mel Gibson dan Oksana Grigorieva hadir ke tayangan perdana filem Edge Of Darkness di Paris pada 4 Februari, 2010. - Foto AP

LOS ANGELES: Kemunculan sebuah rakaman audio yang merakamkan pengakuan bintang filem Lethal Weapon, Mel Gibson memukul bekas kekasihnya yang berasal dari Rusia pada Isnin lalu, telah merosakkan reputasi bintang Hollywood itu.

Satu rakaman lain yang dimuat naik pada portal Radaronline.com menunjukkan pemenang Oscar Braveheart itu mencerca orang kulit hitam.

"Apakah manusia itu?" tanya bekas kekasih Gibson, Oksana Grigorieva yang juga seorang pelakon dalam kejadian yang dirakamkan selama lapan minit itu.

"Memukul seorang wanita ketika dia memegang anak di tangannya. Memecahkan giginya sebanyak dua kali. Manusia apakah itu?"

Serentak dengan itu, Gibson memberikan respons: "Oh, kamu marah sekarang? Anda tahu anda layak mendapatkannya!"

Rakaman tersebut membuktikan punca perpisahan Grigorieva,40, dan Gibson, 54, adalah berpunca daripada insiden itu yang didakwa berlaku pada 6 Januari lalu itu. - AFP

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Isnin, 11 Jun 2018 8:00 AM

Ramadan anak Chow Kit

Kolumnis

iklan

Iklan