"KL Tower Musicfest 2010" Tempat Artis Tonjol Bakat

Diterbitkan: Rabu, 14 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Azmi ketika berucap di majlis sidang media KL Tower Music Festival 2010 di Menara Kuala Lumpur semalam. - Foto oleh RAJA FAISAL HISHAN
Azmi ketika berucap di majlis sidang media KL Tower Music Festival 2010 di Menara Kuala Lumpur semalam. - Foto oleh RAJA FAISAL HISHAN

KEPADA artis indie dan individu yang baru menapak dalam industri muzik tempatan, inilah masanya untuk mereka menonjolkan bakat masing-masing.

KL Tower Musicfest (Festival) 2010 membuka peluang kepada golongan berkenaan untuk membuat persembahan di perkarangan Menara Kuala Lumpur pada 30 Julai hingga 1 Ogos ini.

Wakil dari Kelab Rekreasi Selebriti, Azmi Mohd Nor, selaku penganjur acara itu mengalu-alukan penyertaan mana-mana penyanyi atau band yang mahu membuat persembahan untuk aktiviti berkenaan.

"Kami mahu mengajak sesiapa sahaja band yang nak buat persembahan menyertainya.

"Untuk konsert kali ini, kami memilih lebih 50 band rock termasuk penyanyi Ella, XPDC, May dan Amuk yang akan turut membuat persembahan. Bukan itu sahaja, kami juga akan menampilkan penyanyi kelahiran Akademi Fantasia," katanya.

Menurut Azmi, menariknya acara ini turut mendapat perhatian dari band bukan Melayu seperti One Buck Short," katanya pada sidang media di Menara Kuala Lumpur, Selasa.

Katanya, setakat ini, lebih seratus band telah menyesahkan penyertaan mereka dan sekali gus akan menyemarakkan kempen ‘1Malaysia Cintakan Muzik’.

Tambahnya, mereka mensasarkan seramai 10,000 penonton akan hadir ke konsert selama tiga jam yang akan diadakan bermula pukul 8.45 malam hingga 12 tengah malam pada hari berkenaan.

Dalam pada itu, Pengurus Besar Perhubungan Awam dan Acara, Zainal Abd Aziz menyarankan agar penonton yang mahu menyaksikan konsert itu hadir lebih awal kerana lokasi di tempat letak kereta belakang Menara Kuala Lumpur itu terhad kepada 6,000 penonton.

Mengikut atur cara, Ella, kumpulan May, XPDC dan Amuk akan menjayakan konsert pada malam pertama iaitu 30 Julai, pukul 8.45 malam manakala lebih 50 band indie seperti Bunkface, Pesawat, Tilu, Meet Uncle Hussain, Republic of Brickfields dan Radhi OAG akan menjayakan konsert pada dua malam berikutnya.

Tiket konsert boleh dibeli pada harga RM35 untuk sehari dan RM50 untuk tiga hari di tiket Axcess menerusi talian hotline 03-77115000.

Selain itu ia turut dijual secara dalam talian di www.axcess.com.my atau pusat jualan tiket Axcess.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan