Hujan & Bunkface Terharu Muzik Indie Diterima

Diterbitkan: Selasa, 13 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUMPULAN Indie Hujan dan Bunkface yang diberi kepercayaan menjayakan Festival Muzik Malaysia 2010 terharu dengan sokongan yang diberi oleh kerajaan terhadap band-band indie seperti mereka.

Vokalis Hujan, Noh menganggap pemilihan Hujan dan Bunkface sebagai artis untuk salah satu acara dalam Festival Muzik tahun ini menunjukkan kerajaan semakin membuka mata terhadap perjuangan kumpulan muzik seperti mereka.

"Kami bersyukur kerana diberi peluang terlibat dalam acara yang diperkenalkan oleh kerajaan, sebelum ini perjuangan kumpulan-kumpulan muzik indie seperti kami seperti dipandang hina.

"Biarpun pemilihan kami ini dalam waktu yang singkat kerana diberi masa hanya dua minggu agar membuat persediaan tetapi yang penting kami memberi komitmen sepenuhnya dan buat yang terbaik.

"Kini kami merasakan kerajaan semakin membuka mata dan beri peluang kepada kumpulan seperti kami.

"Apa yang penting ia akan membuka mata banyak pihak tentang kewujudan kami bukan hanya sebagai pemuzik-pemuzik yang bermasalah," jelasnya ketika ditemui selepas Konsert Hujan dan Bunkface malam Ahad di KL Life Centre.

Dalam pada itu, vokalis Bunkface, Sam atau nama sebenar Shamsul Annuar berpuas hati dengan persembahan mereka selama dua hari iaitu pada Sbatu dan Ahad lalu.

"Ini merupakan kali pertama Bunkface menyertai festival sebegini yang dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan Alhamdulillah mendapat sambutan dari peminat.

"Dari segi kemudahan yang disediakan oleh pihak penganjur sangat bagus dan canggih, namun mungkin masa sahaja rasa seperti terlalu singkat," jelasnya.

Persembahan yang bermula pada pukul 9.15 malam berakhir kira-kira pukul 11 malam dihadiri lebih 2000 peminat sepanjang dua malam mereka beraksi.

Lebih menghiburkan kolaberasi antara Hujan dan Bunkface mendapat reaksi positif daripada penonton yang hadir apabila sebahagiannya turut sama-sama menyanyi lagu mereka.

Sebanyak 20 buah lagu termasuk lagu-lagu popular meraka didendangkan secara silih berganti.

Antara lagu popular Hujan ialah Pagi Ynag Gelap, Aku Skandal, Bila Aku Sudah Tiada dan banyak lagi. Manakala Bunkface pula menyanyikan lagu-lagu hit mereka seperti Ekstravaganza, Through my window dan Situasi serta banyak lagi.

Acara selama lebih kurang 2 jam itu turut memberi peluang kepada peminat untuk beramah mesra dan bergambar dengan artis indie kesayangan mereka.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan