Selalu Makan Malam Petua Elyana & Tunang Erat Hubungan

Diterbitkan: Isnin, 12 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TEMPOH bertunang merupakan masa paling banyak dugaan dalam sesebuah hubungan sebelum menuju ke alam perkahwinan.

Bagi penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 23 (gambar) mengakui dia dan pasangannya Khairul Anuar Husin sentiasa meluangkan masa makan malam setiap hari untuk menambah eratkan lagi hubungan.

"Saya sibuk dengan penggambaran dan rakaman single terbaru, manakala dia sibuk dengan perniagaannya namun bagi melepaskan rindu kami luangkan masa makan malam bersama setiap hari.

"Alhamdulilah dia faham kerja saya dan saya juga faham kerja dia. Biarpun hanya beberapa jam sahaja tapi cukup untuk kami bertemu. Memang masa bertunang orang kata banyak dugaannya tapi kita seharusnya cuba elakkan perkara-perkara yang boleh merosakkan hubungan itu," jelasnya.

Tambahnya, dia juga sering membawa Khairul ke mana-mana persembahannya agar lebih memahami situasi dan keadaan kerjayanya sebagai artis.

"Saya juga selalu bawa dia jika ada persembahan atau penggambaran, memang dulu dia pemalu tapi sekarang dia juga dah mula biasakan diri untuk berjumpa media dan kawan-kawan saya yang lain. Lagipun jika dia tahu keadaan bagaimana saya bekerja dia akan lebih memahami saya" katanya yang percaya usia mudah bukan penghalang sesebuah rumahtangga yang bahagia.

Pasangan yang mengikat tali pertunangan pada 11 Julai tahun lalu bakal melangsungkan perkahwinan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

Mereka memilih tema moden kontemporori untuk majlis persandingannya.

Dia yang mengakui tidak mempunyai banyak waktu untuk membuat persiapan perkahwinan terpaksa melupakan hasrat untuk mengunakan tema adat tradisi Minangkabau pada majlis itu nanti.

"Pada asalnya memang saya ingin sangat tema Minangkabau kerana kami sekeluarga keturunan Minang tapi memandangkan waktu sudah semakin singkat saya terpaksa menukarnya kepada konsep Moden kontemporori.

"Majlis persandingan saya tidaklah besar-besaran sekadar sederhana sahaja, yang penting perkara-perkara wajib dahulu. Segalanya saya serahkan kepada teman-teman rapat yang uruskan.

"Buat masa ini persiapannya sudah 10 peratus siap, nasib baik ada teman yang membantu kalau tidak memang saya tertekan untuk lakukannya sendiri," jelasnya.

Menurutnya lagi, persandingan di sebelah pihak lelaki akan dilakukan di Pahang, manakala pihaknya akan dibuat di Shah Alam.

"Saya teringin nak rasa bersanding dalam suasana kampung sebab saya tak ada kampung. Insyaallah kami akan bersanding di Pahang dengan konsep tradisional," katanya yang sedang dalam proses merakamkan single terbarunya.

Bercerita tentang kerjaya, Elyana menakui tahun ini merupakan tahun paling sibuk. Dia yang baru selesai penggambaran Dunia Baru Reunion dan mengacarakan rancangan masakan juga sedang sibuk mencari metarial untuk album terbarunya.

"Saya baru masuk studio untuk merakamkan single terbaru yang dibuat oleh Aidit Alfian. Konsepnya masih sama namun sedikit kelaianan yang diberikan oleh Aidit agar ia lebih matang dan sedap didengar," jelasnya.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan