Rabecca Sahkan Mahu Kahwin Duda Waktu Terdekat

Diterbitkan: Isnin, 12 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Rabecca bersedia melangkah ke alam baru dalam hidupnya
Rabecca bersedia melangkah ke alam baru dalam hidupnya

Foto RAYMOND OII Pakaian EZUWAN ISMAIL (0122646871) Lokasi PALM GARDEN HOTEL, PUTRAJAYA - Terima Kasih Kepada Audrey (0192188737)

PETALING JAYA: Pelakon Rabecca Nur Al Islam mengesahkan bahawa dia bakal menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat dengan lelaki yang berstatus duda.

Seperti dipetik Mingguan Mstar semalam, dia yakin sudah bersedia sepenuhnya untuk melangkah ke fasa baru dalam hidup bersama lelaki yang sudah dikenali lebih dua tahun lalu itu.

“Saya sedang melalui hari-hari bahagia bersama anak dan orang-orang yang tersayang di sekeliling saya. Insya-Allah saya sudah bersedia untuk mempunyai keluarga yang sempurna dan memikul tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.

“Saya juga mahu anak angkat saya iaitu Adam mendapat kasih sayang seorang bapa. Saya dan si dia sudah merancang perkara itu agak lama dan mungkin hasrat tersebut akan menjadi kenyataan dalam masa terdekat,” jelasnya yang gembira dengan adanya anak angkat bernama Nor Adam Danial yang kini berusia dua tahun.

Tambahnya, lelaki bertuah yang berjaya memikat hatinya itu adalah seorang ahli perniagaan namun bukan seorang terkenal bertaraf Tan Sri atau Datuk.

“Dia orang biasa seperti saya juga tetapi berstatus duda dan mempunyai dua orang anak. Saya tidak kisah siapa pun dia asalkan dia boleh menerima saya dan Adam menjadi sebahagian daripada hidupnya. Saya akui dia seorang yang memahami dan sangat penyayang,” jelasnya yang sudah mengenali lelaki itu sebelum mengambil Adam sebagai anak angkat.

Menurut Rabecca, keluarga kedua belah pihak merestui hubungan yang dijalinkan itu.

“Saya rasa dia adalah lelaki terbaik yang boleh menjadi seorang ayah ertanggungjawab, itu yang penting.

“Anak-anak dia dan Adam juga sudah seperti adik-beradik, saya rasa ikatan perkahwinan yang bakal dilaksanakan adalah kesempurnaan dalam keluarga kami,” ujar Rabecca yang bakal muncul dengan filem pertamanya berjudul Keramat terbitan Metrowelth.

Gadis berusia 24 tahun ini percaya jurang usia bukan penghalang untuk cinta mereka saling mencintai, malah bagi Becca dia lebih selesa berada di sisi lelaki lebih berusia berbanding lelaki muda.

“Biarpun jurang usia kami agak jauh, tapi saya akui lebih selesa dengan lelaki berumur berbanding orang bujang. Mereka lebih matang, sabar dan tidak cepat melenting.

“Sejak dari sekolah lagi saya suka berkawan dengan lelaki yang lebih tua mungkin juga kerana raut wajah dan penampilan saya kelihatan matang berbanding gadis seusia yang lain,” katanya.

* Akhbar Mingguan Mstar diterbitkan setiap Ahad bersama Sunday Star sekitar Lembah Klang.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan