Pak Long Anggap Kristal Macam Pencuri

Diterbitkan: Isnin, 12 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Pak Long bersedia berjumpa Kristal untuk menyelesaikan salah faham yang timbul.
Pak Long bersedia berjumpa Kristal untuk menyelesaikan salah faham yang timbul.

PETALING JAYA: Komposer Pak Long atau nama sebenarnya Shafie Ahmad,40, yang popular dengan lagu Selagi Ada Rindu kecewa selepas kumpulan Kristal merakam semula lagunya itu tanpa kebenaran.

Dalam kenyataan yang disiarkan menerusi akhbar Mingguan Mstar semalam, Pak Long berkata, perbuatan mereka yang mengambil lagu tanpa persetujuan boleh diibaratkan sebagai pencuri.

“Kalau masuk rumah orang bagilah salam dulu. Jangan jadi macam pencuri. Pencuri kalau masuk rumah semua barang dia bawa lari,” katanya yang pernah menghasilkan lagu popular Al-Jannah nyanyian Mawi dan Cinta Pantai Merdeka nyanyian Tropika..

Jelas Pak Long dia kecewa apabila Kristal dan syarikat rakamannya Music Valley Malaysia (MVM) merakamkan lagu tersebut tanpa kebenaran kerana perbuatan itu boleh menjejaskan penjualan album Pak Long yang turut memuatkan lagu yang sama.

“Album saya yang berjudul “Pak Long... Selagi ada Rindu” baru saja di pasarkan. Dalam masa yang sama MVM pun menerbitkan album kompilasi yang ada lagu yang sama. Sepatutnya tak boleh macam tu kerana ia boleh menjejaskan penjualan album saya,” katanya.

Lagu Selagi Ada Rindu begitu popular dalam laman web Youtube sejak tahun 2008 sehingga ada khabar angin mengatakan lagu berkenaan dicipta oleh banduan yang sedang menanti hukuman mati di tali gantung.

Akhirnya Pak Long yang sebenarnya muncul untuk menjelaskan dia mempunyai hak ke atas lagu tersebut.

Sementara itu penyanyi Kristal, Razlan berkata, dia hanya menyanyikan semula lagu berkenaan atas arahan syarikat rakamannya dan tiada niat untuk menjadi “pencuri” sebagai mana didakwa.

Katanya, segala urusan merakam semula adalah hak syarikat rakaman dan Kristal hanya menurut perintah.

“Segala modal, promosi dan urusan pemilihan lagu dalam sesebuah album adalah hak syarikat rakaman. Kami tak tahu menahu sama ada lagu itu dibenarkan untuk dirakam semula atau tidak? Ia adalah urusan syarikat rakaman dengan Pak Long,” kata Razlan.

Pengurus Artis & Repertoir syarikat rakaman itu, Daxter Koh pula menjelaskan, pihaknya sudah memaklumkan kepada Pak Long hasrat merakam semula lagu itu pada tahun lalu tapi tidak mendapat apa-apa respons daripadanya.

Sehubungan itu MVM mengambil keputusan merakam terus lagu berkenaan dan akan membayar Pak Long kemudian mengikut amalan yang biasa dilakukan oleh sesebuah syarikat rakaman.

Katanya, Pak Long tidak perlu bimbang kerana jika lagu itu popular, dia akan turut mendapat royalti yang akan dibayar melalui Badan Pelindung Hak Cipta Karyawan Malaysia (MACP).

* Akhbar Mingguan Mstar diterbitkan setiap Ahad bersama Sunday Star sekitar Lembah Klang.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan