Seniman Harap Bantuan

Diterbitkan: Ahad, 11 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Anak-anak ahli Seniman yang menerima sumbangan Skim Galakan Pendidikan Anak-anak Cemerlang di K Klub, Taman Melawati pada Jumaat lalu. - Foto oleh HANAFI BOY ALONG
Anak-anak ahli Seniman yang menerima sumbangan Skim Galakan Pendidikan Anak-anak Cemerlang di K Klub, Taman Melawati pada Jumaat lalu. - Foto oleh HANAFI BOY ALONG

BUKAN sebarangan bantuan yang diminta oleh Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), namun bantuan kewangan untuk meningkatkan taraf hidup anak seni tempatan.

Menurut Presidennya, aktor Harun Salim Bachik, sumbangan kewangan yang diberikan itu mampu meringankan beban mereka untuk menyalurkan bantuan kepada seniman dan seniwati yang kurang upaya dan anak-anak seniman.

“Saya nak ajak semua pihak memberikan sumbangan untuk membantu orang seni. Kita juga ada menerima sumbangan daripada pihak kerajaan dari semasa ke semasa.

“Dengan adanya sumbangan daripada pelbagai pihak, ia mampu membantu kami untuk menubuhkan dana yang baru,” kata Harun pada majlis penyerahan Skim Galakan Pendidikan Anak-anak Seniman 2010 di K Klub, Taman Melawati pada Jumaat lalu.

Seramai 11 orang anak ahli Seniman menerima sumbangan berupa wang tunai dan barangan penaja.

“Kami memberikan skim ini kepada anak-anak Seniman pada setiap tahun untuk menggalakkan mereka yang berjaya sekali gus menggalakkan anak-anak yang lain untuk sama-sama cemerlang.

“Setakat ini, sudah lebih tiga tahun kita lakukan skim ini. Walaupun tidak banyak sumbangan yang diberikan, sekurang-kurangnya ia mampu membuktikan bahawa anak-anak seniman juga ada yang berjaya, berpelajaran dan setaraf dengan sesiapa sahaja.

“Kita memberikan sumbangan kepada anak-anak Seniman yang mendapat keputusan 5A ke atas dengan meuar-uarkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan laman web. Dari situ, setiap anak Seniman yang layak bolehlah membuat permohonan skim itu,” ujarnya lagi.

Anak-anak Seniman yang menerima skim itu terdiri daripada anak pelakon Azean Irdawaty, Inessa Irdayanty (universiti), anak pelakon veteran Jd Khalid, Siti Jamilah dengan pencapaian 9A dalam SPM 2008 dan mengambil jurusan perubatan di Universiti Al-Azhar, Mesir dan anak pelakon Allahyarham Ismail Din, Thohiratun (9A SPM 2007/ Pra Ijazah jurusan Perubatan di Australia) di mana masing-masing mendapat sumbangan RM1,000 dan sumbangan barangan penaja.

Sementara anak pelakon Zulkifli Ismail, Zulfati Izazi (8A SPM 2009) dan anak pelakon Mubarak Majid, Siti Zulaikha (5A SPM 2009) masing-masing memperolehi RM500, bantuan bulanan RM150 selama setahun dan barangan penaja.

Turut serta menerima sumbangan adalah anak pelakon Thorpe Ali, Emir Aslam (9A PMR 2008), anak penyanyi dan pelakon Rozita Rohaizad, Leila Arfah Kamarulzaman (8A PMR 2008), anak Mubarak Majid, Siti Hajar (8A PMR 2009), pelakon, penyanyi dan model Fiffy Natasha Abd Suhaimi (7A PMR 2008), anak pelakon Suriati Baharom, Natasha Atika Mohd Khir (6A PMR 2008).

Setiap seorang daripada mereka menerima RM500, bantuan bulanan RM150 selama setahun dan barangan penaja.

Anak pelakon Sharifah Muhammad, Daniel Shafiq Faizal Parish (4A PMR 2008) menerima RM300 dan barangan penaja.

Pada majlis itu juga, pihak O2 Plus Sdn Bhd menyerahkan sumbangan wang tunai sebanyak RM13,000 dan minuman untuk tabung pendidikan serta penyampaian kerusi roda elektrik kepada pelakon veteran Kamal Pendek.

Selain daripada itu, Seniman juga telah melaksanakan bantuan dan sumbangan kepada beberapa seniman dan seniwati dalam program ziarah yang diadakan dari semasa ke semasa.

Mereka yang menerima sumbangan itu pada Januari hingga Jun lalu adalah Kamal Pendek, Latifah Omar, Ahmad Busu, Datuk Jamil Sulong, Jd Khalid, Yusof Chong, M Rajoli, Karim Latif, Bob KU2 dan Fauziah Samad.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan