Riz Kurus 12 Kg Bukan Sebab Masalah

Diterbitkan: Ahad, 11 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

RUTIN harian Riz AF6 lebih banyak tertumpu kepada senaman dan diet jika tidak bekerja. Hasilnya, penyanyi muda itu telah berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 12 kg.

Rahsianya itu sekaligus menolak dakwaan yang menganggap dirinya kurus kerana menghadapi masalah. Riz tidak menafikan bahawa dia sedang sibuk memikirkan tentang lagu-lagunya yang belum keluar di radio. Namun itu bukan penyebab dia menjadi kurus.

“Saya kurus bukan sebab ada masalah tetapi sebab nak mudahkan untuk mencari baju dan mendapat stamina apabila membuat persembahan di pentas. Apabila badan saya berat, susah untuk menari,” katanya yang turut memotong rambut pendek beberapa hari lalu.

Imej terbarunya itu bertukar selepas dua tahun bergelar artis. Berbalik kepada aktiviti Riz, dia banyak menghabiskan masanya dengan senaman jika tiada persembahan atau sesi fotografi.

Bagi memudahkannya melakukan senaman, Riz juga sanggup menyediakan gimnasium mini dalam biliknya.

“Saya kerap lepak dan buat senaman dalam bilik. Masa sebulan pertama saya buat senaman dan diet ini, saya demam dua kali,” katanya yang telah mengamalkan aktiviti sihat itu sejak dua bulan lalu.

Ceritanya: “Ada juga peminat saya yang tegur saya lebih hensem bila kurus. Masa dua minggu pertama saya diet dan senam, muka saya cengkung seperti orang sakit.

“Saya buat sendiri tanpa bantuan atau nasihat sesiapa. Sebab itu saya demam teruk. Saya berdiet dengan mengurangkan makan nasi. Kalau sebelum ini saya makan dua pinggan penuh, tetapi sekarang saya makan suku pinggan sahaja.

“Tetapi bila balik kampung, saya tak tahan berdiet sebab mak selalu masak masakan kegemaran saya seperti Rendang Udang dan Ikan Baung Masak Tempoyak.”

Dalam perkembangan lain, Riz juga sedang menunggu single keempat daripada album pertamanya berjudul Cinta Ini untuk diputarkan di radio.

Riz juga baru pulang dari Cherating menghabiskan masa bersama-sama ahli kelab peminatnya, Riz-Angels seminggu lalu.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan