Lindsay Lohan Nafi Usik Alat Bacaan Alkohol - Berita Hiburan | mStar

Lindsay Lohan Nafi Usik Alat Bacaan Alkohol

Diterbitkan: Sabtu, 10 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Reaksi Lindsay Lohan (kiri) selepas dijatuhkan hukuman penjara 90 hari oleh hakim, Marsha Reve di Beverly Hills, California pada 6 Julai 2010. Bersamanya ialah peguam belanya, Shawn Chapman Holley. - Foto AP

SELEBRITI kontroversi, Lindsay Lohan menafikan dakwaan bahawa dia telah "mengusik" alat elektronik Scram supaya ia tidak dapat merekodkan bacaan alkohol pada badannya.

Bintang The Mean Girls itu dilaporkan pernah meletakkan objek tidak dikenali di antara kaki dan Scram untuk mengganggu bacaan alkohol.

Malah data daripada Scram menunjukkan ia pernah "diusik" dalam dua insiden berbeza.

Peguam, Shawn Chapman Holley yang tidak lagi mewakili Lilo menafikan dakwaan tersebut.

Sebaliknya, dia menyalahkan teknologi yang memberikan bacaan yang meragukan.

"Lindsay menegaskan dia tidak pernah mengusik alat tersebut. Dia mempunyai beberapa saksi untuk membuktikan dia tidak pernah "mengusik" alat elektronik tersebut," katanya kepada media.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan