Kes Maria Tengku Sabri Ditetap 30 Julai

Diterbitkan: Jumaat, 9 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Maria Tunku Sabri. - Foto THE STAR Oleh NORAFIFI EHSAN
Maria Tunku Sabri. - Foto THE STAR Oleh NORAFIFI EHSAN

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 30 Julai untuk keputusan isu perundangan tanpa perbicaraan berhubung tuntutan saman personaliti TV3 Maria Tunku Sabri terhadap seorang ahli perniagaan Datuk Wan Johani Wan Hussin.

Wan Johani, 57, didakwa mengingkari penyelesaian perjanjian pembayaran pampasan RM5.5 juta kerana tidak berkahwin dengan Maria.

Pesuruhjaya Kehakiman Datin Zabariah Mohd Yusof menetapkan tarikh itu di dalam kamar dengan kehadiran peguam Karpal Singh yang mewakli Maria, 40, dan peguam Jangjit Singh dan Akhbardin Abdul Kader, yang mewakili Wan Johani.

Akhbardin memberitahu pemberita bahawa isu undang-undang yang dibangkitkan oleh pihaknya sebelum ini termasuklah kesahihan perjanjian yang dibuat oleh Maria iaitu seorang perempuan Islam yang telah berkahwin.

"Keputusan itu juga berkaitan dengan dakwaan defendan bahawa perjanjian tersebut tidak sah dan melanggar undang-undang mengikut Seksyen 14 (1) Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 yang jelas menyatakan bahawa seorang perempuan Islam tidak boleh berkahwin lagi selagi perkahwinan itu wujud," katanya.

Pada 24 Jun lepas, Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan Maria untuk mengemukakan semula saman terhadap Wan Johani kerana didakwa melanggar perjanjian.

Pada 2004, Maria pengacara program 'Jalan-Jalan Cari Makan', memohon agar dikuatkuasakan perjanjian melibatkan janji oleh Wan Johani untuk membayarnya RM5.5 juta kerana beliau (Maria) tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap ahli perniagaan itu kerana enggan mengahwininya seperti yang dijanjikan.

Dalam pembelaannya, Wan Johani, menafikan wujud sebarang kontrak, dan sebagai alternatifnya, berkata perjanjian itu tidak sah dan mempunyai unsur ugutan dan pujukan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan