Biografi Khas Mengenang 100 Hari Pemergian Din Beramboi

Diterbitkan: Jumaat, 9 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SETELAH hampir 100 hari pemergian Allahyarham Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad, Astro akan menayangkan sebuah program istimewa bagi mengimbas kembali kenangan-kenangannya dalam industri hiburan.

Rancangan itu diberi judul Di Sebalik Din Beramboi @ Mior Ahmad Fuad. Ia akan disiarkan menerusi Astro Prima (saluran 105) pada hari Sabtu, 10 Julai, pukul 10 malam.

Astro Prima mengambil inisiatif untuk membawakan program biografi khas ini khusus buat tontonan para penonton bagi mengenang jasa Allahyarham Din Beramboi.

Program itu akan menampilkan sisi-sisi kehidupan pelawak tersohor ini yang tidak diketahui umum untuk dikongsi bersama para peminatnya.

“Walaupun sudah 100 hari Allahyarham meninggalkan kita, tetapi masih terngiang-ngiang lawaknya di halwa telinga dan ternyata setiap lawak tersebut tidak pernah gagal untuk membuatkan kita ketawa tidak kering gusi apabila mendengar atau menontonnya berulang kali.

”Sebagai memperingati sekaligus mengubati rindu peminat-peminatnya, Astro mengambil kesempatan ini untuk membawakan sebuah program istimewa Di Sebalik Din Beramboi @ Mior Ahmad Fuad yang dibuat khas bagi mengimbas kembali cerita-cerita, aksi spontan, lawak jenaka serta kisah hidupnya kepada penonton secara eksklusif,” ujar Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani.

Program khas Di Sebalik Din Beramboi itu akan menyingkap setiap aspek tentang Allahyarham seperti kerjaya, cinta, keluarga, personaliti, hobi dan lain-lain.'

Menariknya program itu akan menyusuri sisi berlainan Din Beramboi yang tidak pernah didedahkan pada umum dan boleh ditonton menerusi program ini.

Program itu akan turut menampilkan sedutan wawancara bersama teman-teman terdekat dan ahli keluarga Allahyarham yang akan berbicara tentang siapakah sebenarnya individu yang bergelar Din Beramboi ini.

Menerusi program itu juga, para penonton berpeluang untuk melihat foto-foto eksklusif serta barang-barang peribadi milik Allahyarham.

Menariknya program itu turut menampilkan Aznil Haji Nawawi sebagai pengantara. ]

Pemilihan beliau dilihat tepat kerana beliau merupakan rakan terdekat yang selalu menemaninya di konti Riuh Pagi di Era.

Digandingkan bersama menerusi segmen itu sedikit sebanyak membantu Aznil untuk berkongsi dengan lebih lanjut mengenai Allahyarham.

Peminat-peminat Allahyarham Din Beramboi melihat beliau sebagai seorang yang periang dan ceria setiap masa serta sentiasa menggembirakan orang disekelilingnya.

Namun, pasti ramai yang tidak menduga keperibadian sejati pelawak ini yang disembunyikan di sebalik lawak jenaka serta tawa cerianya yang mungkin hanya diketahui oleh teman-teman dan keluarga terdekat sahaja.

Untuk menonton rancangan khas pemeringati pelawak tersohor itu, jangan lupa saksikan Di Sebalik Din Beramboi @ Mior Ahmad Fuad di Astro Prima (saluran 105) pada hari Sabtu, 10 Julai, jam 10 malam.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan