Maya & Suami Tidak Didenda

Diterbitkan: Khamis, 8 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Maya Karin Roelcke,31, dan suaminya Muhammad Ali atau Steven David Shorthose,41, tidak dikenakan denda kerana lewat mendaftarkan pernikahan.

Sebaliknya Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur, Rabu mengesahkan pernikahan mereka adalah sah dari segi hukum syarak selepas kedua-dua mereka mendaftarkan pernikahan itu pada 24 Jun lalu.

Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaluddin membuat keputusan tersebut dalam kamar.

Maya yang turut hadir diwakili peguamnya Nor Husniah Hussin sementara Muhammad Ali tidak diwakili peguam.

Nur Husniah yang ditemui pemberita di luar mahkamah enggan mengulas lanjut sebaliknya memaklumkan kedua-dua pasangan tersebut tidak didenda.

Portal mStar Online, Rabu melaporkan kedua-dua pasangan tersebut dikenakan denda masing-masing RM1,000 seorang kerana bernikah di luar negara tanpa kebenaran.

Bagaimanapun laporan itu kurang tepat dan pihak mStar memohon maaf kepada pasangan tersebut.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan