Lindsay Lohan Dipenjara 90 Hari

Diterbitkan: Khamis, 8 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LOS ANGELES: Bintang muda Lindsay Lohan (gambar) menerima nasib malang apabila terpaksa berada dalam penjara selama 90 hari kerana gagal menghadiri kelas pemulihan akibat kesalahan memandu dalam keadaan mabuk dua tahun lalu.

Pelakon berusia 24 tahun itu turut diperintahkan untuk menjalankan kerja-kerja amal selepas habis hukuman 90 hari itu.

Hukuman ke atas Lohan diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Beverly Hills, Marsha Revel, Selasa lalu.

Setelah hukuman dijatuhkan, pelakon itu menangis di mahkamah.

Hakim turut memerintahkan supaya hukuman itu berjalan mulai 20 Julai ini selain dia perlu mengawal pengambilan alkohol dalam badannya agar tidak berlebihan.

Sebelum ini Lohan pernah diperintahkan supaya memakai gelang bagi mengesan tahap alkohol dalam badan selepas dia gagal hadir ke mahkamah pada 24 Mei lalu.

Pelakon itu popular menerusi filem Mean Girls. - AFP

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan