Keadaan Sekeliling Beri Ilham Pada Edry

Diterbitkan: Khamis, 8 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LAGU-LAGU ciptaan Edry Abdul Halim (gambar) kebanyakkan boleh dikatakan popular dan berjaya memenuhi selera pendengar.

Antaranya Seksis, Dekat Padamu, Intifada, Pergi Tak Kembali, Jika Kau Ubah Fikiran, Pakai Buang, Menggegar Dunia, Asmaradana, Sujud, Kebahagiaan Dalam Perpisahan dan Ku Ada Kamu.

Perkara itu diakui pengacara nombor satu Malaysia, Aznil Hj Nawawi yang menganggap lagu Edry catchy dan mudah tangkap’.

Bagaimanapun, Edry tidak menolak kenyataan itu sebaliknya menerimanya dengan senyuman dan menganggap mungkin itu kelebihan yang ada padanya.

“Saya lebih gemar berfikir secara terus. Saya anggap semua idea yang dikurniakan ini sebagai anugerah Tuhan. Apabila memegang alat muzik, saya terus dapat menggubah lagu secara semulajadi seperti biasa.

“Saya pergi ke mana-mana, ada sahaja ilham yang muncul. Misalnya, saya mendapat idea untuk membuat lagu Pakai Buang semasa sedang makan Mc Donalds dalam kereta dan nampak ada sampah dalam kereta.

“Lagu Warna Kehidupan pula saya dapat ilham selepas melihat buku anak saya yang mempunyai pelbagai warna dan huruf,” beritahunya mengenai penglibatannya sebagai komposer sejak tahun 1992.

Menurutnya, ilham menggubah lagu lebih banyak diperoleh berdasarkan kepada keadaan sekeliling.

“Saya kurang mencari ilham sebab ilham itu kerap datang sendiri,” katanya.

Setakat ini, dia telah menggubah dan menerbitkan lebih 500 buah lagu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan