Farhan Trauma Rumah Kena Rompak

Diterbitkan: Khamis, 8 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rumah Farhan telah dirompak pada malam Selasa lalu.
Rumah Farhan telah dirompak pada malam Selasa lalu.

PENYANYI bersuara serak-serak basah Farhan trauma setelah rumahnya yang terletak di Pandan Indah telah dirompak Selasa. Bagaimanapun, dia bersyukur kerana ahli keluarganya terselamat.

Farhan atau nama sebenarnya Nur Farhan Azizan berkata ini merupakan kali pertama insiden seperti itu berlaku.

Ketika rompakan melibatkan kerugian hampir RM20,000 itu, dia dan keluarga sedang menjamu selera di Restoran Madam Kwan, Bangsar pada pukul 8 hingga 11 malam.

Antara barang yang dirompak adalah wang tunai, barang kemas dan jam tangan mewah yang disimpan di dalam dua peti besi di rumah itu.

“Saya rasa terkedu dan trauma sebab perkara seperti ini tak pernah berlaku kepada kami. Semasa kami pulang ke rumah semalam, saya rasa bingung seketika dan tidak tahu hendak buat apa.

“Tetapi sekarang dah okey sikit sebab tiada siapa yang cedera. Alhamdulillah,” ujarnya penuh syukur.

Biarpun insiden itu membuatkannya trauma, Farhan berkata mereka tidak akan berpindah daripada rumah itu.

“Selepas ini, kami akan perketatkan sistem keselamatan pintu rumah kami,” katanya lagi.

Farhan telah membuat laporan polis di Balai Polis Pandan Indah selepas kejadian itu. Polis juga telah membuat pemeriksaan sehingga pukul 3 pagi.

Bagaimanapun polis belum mengenalpasti suspek kes rompakan itu.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan