S. Shamsudin Berehat Selepas Dibedah

Diterbitkan: Rabu, 7 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PELAKON veteran terkenal S. Shamsudin kini sedang berehat setelah selamat menjalani pembedahan tulang pinggulnya semalam di Hospital Alexandra, Singapura.

Dia yang berada di hospital sejak seminggu lalu terjatuh dari katil rumahnya pada malam 26 Jun lalu sehingga menyebabkan tulang pinggulnya retak.

Menurut wartawan bebas Rukijah Usman di Singapura, pelakon berusia 81 tahun itu berada dalam keadaan sihat dan menggunakan alat bantuan pernafasan.

“Pak Sudin (S. Shamsudin) memang kuat semangat dan melemparkan senyuman sewaktu saya datang melawatnya. Waktu itu isterinya, Kak Puteh turut berada di sampingnya.

“Kak Puteh mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peminat-peminat, saudara-mara dan rakan-rakan terutama di Malaysia yang mendoakan Pak Sudin,” ujarnya kepada mStar Online.

S. Shamsudin atau nama sebenarnya Sahamsudin Dali adalah pelakon komedi sepanjang zaman yang seangkatan dengan seniman agung Allahyarham Tan Sri P. Dia telah berlakon lebih 30 buah filem.

Anak kelahiran Singapura itu mula berlakon pada tahun 1948 dalam filem-filem Melayu terbitan Studio Jalan Ampas dan namanya mula memuncak setelah berlakon bersama P.Ramlee dan Aziz menerusi filem Bujang Lapok.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan