Maya Karin & Suami Ke Mahkamah Syariah Hari Ini

Diterbitkan: Rabu, 7 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon Maya Karin,31, dan suaminya Steven David Shorthose,40, atau Muhamamad Ali di jadual akan hadir untuk kali kedua ke Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur, Rabu.

Kedua-dua pasangan itu dikatakan mahu mengetahui status pendaftaran pernikahan mereka selepas mendaftarkannya pada 24 Jun lalu.

Portal The Malaysian Insider menerusi satu sumber mahkamah menyebut, pasangan itu berkemungkinan akan dikenakan denda berhubung kesalahan lewat mendaftarkan pernikahan.

“Kalau status perkahwinan mereka tidak sah, mereka terpaksa bernikah semula. Sekiranya sah, mereka juga akan berhadapan dengan tindakan undang-undang atas kesalahan lewat mendaftarkan perkahwinan yang berlangsung di Itali, dua tahun lalu,” kata seorang pegawai mahkamah kepada portal itu.

Maya dan Muhamaad Ali sebelum ini merahsiakan prosiding yang berlaku dalam kamar hakim di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur ketika hadir pada 24 Jun lalu.

Bagaimanapun sumber memberitahu pasangan berkenaan dalam proses untuk bercerai tetapi perlu mendaftarkan perkahwinan terlebih dahulu sebelum boleh melakukan prosedur seterusnya.

Maya dan Muhammad Ali diijabkabulkan di Villa Corte de Lago, Bellagio Itali pada 14 Ogos 2008.

Majlis resepsi mereka diadakan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) beberapa minggu selepas itu.

Selepas dua tahun bernikah, mereka dikatakan menghadapi krisis rumah tangga.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan