Menteri Tegur Arja Lee Berbogel

Diterbitkan: Selasa, 6 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Babak Arja Lee berbogel yang mencetuskan kontroversi.
Babak Arja Lee berbogel yang mencetuskan kontroversi.

PETALING JAYA: Perbuatan pelakon baru Arja Lee yang mengaku berbogel dalam filem ...Dalam Botol adalah satu kesalahan bukan sahaja melibatkan agama sebaliknya undang-undang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom akan meminta pihak bertanggungjawab seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memantau dan mengambil tindakan yang bersesuaian sama ada dalam bentuk peringatan atau dalam bentuk lain kepada pihak terbabit.

"Di sudut undang-undang juga salah untuk tidak berpakaian," katanya kepada BERNAMA, Isnin.

Akhbar Mingguan mStar yang Ahad lalu melaporkan, Arja Lee atau nama sebenarnya Azharudin Ramli yang memegang watak transeksual bernama Ruby dalam filem itu sanggup berbogel untuk memastikan lakonannya lebih realistik.

Kata Arja, keputusan berbogel itu dibuat selepas dia tidak berpuas apabila wataknya yang sedang mandi itu tidak kelihatan sempurna ketika dia memakai seluar dalam.

"Saya yang bersetuju untuk berbogel tetapi jangan terkejut anda semua tidak nampak "anu" saya kerana saya sudah "menyembunyikannya"," katanya dalam akhbar itu.

Sementara itu penerbit filem berkenaan Raja Azmi berkata, niatnya menerbitkan filem itu adalah untuk berdakwah kerana ...Dalam Botol memberi mesej yang baik kepada penonton berdasarkan kepada kisah benar seseorang yang diadaptasikan dalam bentuk filem.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan