Hot FM Cari Deejay Baru

Diterbitkan: Selasa, 6 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

STESEN radio Hot FM masih membuka peluang kepada individu yang berminat untuk menyertai stesen radio itu sebagai penyampai radio. Peluang dibuka sehingga 11 Julai ini.

Hot FM sedang mencari deejay untuk digandingkan dengan Ikhwan yang kini mengendalikan segmen Hot FM Zon pada setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 8 malam hingga 12 tengah malam.

Menurut deejay Leya, banyak respons yang diterima namun setakat ini belum menemui individu yang menepati ciri-ciri yang ditetapkan.

Penyertaan dibuka kepada lelaki dan wanita yang berusia antara 18 hingga 28 tahun, meminati bidang muzik dan hendaklah warganegara Malaysia.

”Kita masih mencari penyampai yang boleh menjadi diri-sendiri, mesra pendengar dan mempunyai karakter yang menarik kerana setiap penyampai Hot FM mempunyai karakter tersendiri,” katanya kepada mStar Online.

Dalam perkembangan lain, Hot FM juga akan membuat peraduan Hot FM Masyuk mulai 12 Julai ini di mana pendengar berpeluang memenangi hadiah wang tunai.

“Setiap kali peraduan, pendengar berpeluang memenangi hadiah RM1,000. Apabila tiba waktu bonus, jumlah wang akan ditambah sehingga boleh mencecah RM3,000.

“Pendengar hanya perlu menghubungi Hot FM dan menjawab lima lagu pertama yang dikeudarakan pada waktu itu,” jelasnya yang mengendalikan program Menu Muzik Hot FM Janji Rock pada setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 10 pagi hingga 1 tengahari.

Leya berkata dia berasa puas hati setiap kali mendengar reaksi pendengar yang memenangi setiap peraduan yang dibuat oleh stesen radio popular itu.

Dia juga bakal menjayakan Konsert Hot FM Mini Jam di Ipoh, Perak pada 31 Julai ini.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan