Bisnes Tutup: Adakah Awal, Dynas Bergaduh

Diterbitkan: Selasa, 6 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Awal (kiri) dan Dynas untuk sebuah fotografi jenama DNA Celebrity Style.
Awal (kiri) dan Dynas untuk sebuah fotografi jenama DNA Celebrity Style.

LINGKUP akhirnya? Begitulah persoalan yang kedengaran sejak kebelakangan ini apabila pengacara sensasi Awal Ashaari dan Dynas Mokhtar dikatakan tidak lagi ngam.

Semuanya gara-gara perniagaan penjualan pakaian secara dalam talian menggunakan jenama DNA Celebrity Style yang diusahakan sejak dua tahun lalu terpaksa dihentikan operasinya apabila Awal mengambil keputusan menarik diri untuk menjadi rakan kongsi.

Keputusan Awal menarik diri dibuat dengan persetujuan kedua-dua pihak. Umum sudah tahu Dynas dan Awal adalah sahabat karib. Tetapi apabila perniagaan tersebut tidak lagi diusahakan bersama terdengar suara-suara sumbang kononnya ia ada kaitan dengan perasaan tidak puas hati.

Alasan yang mereka beri ialah faktor kesibukan membuatkan mereka tidak dapat memberi komitmen untuk menguruskan perniagaan berkenaan. Kolaborasi yang terjalin selama ini hanya tinggal kenangan apabila butik tersebut yang bertempat di Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur tidak lagi beroperasi sejak dua minggu lalu.

Apakah punca sebenar perkara ini berlalu? Jawapannya sebenar hanya mereka berdua sahaja yang tahu. Bagaimanapun Mingguan mStar tetap mahu mendapatkan jawapan daripada mulut mereka sendiri.

"Bukan gaduh tapi komitmen" - Dynas

Menurut Dynas yang dihubungi Khamis lalu, keputusan untuk menamatkan operasi butik mereka itu berpunca daripada komitmen. Memandangkan dia sudah melahirkan anak dan baru selesai tempoh berpantang, Dynas mengakui adalah sukar baginya untuk memberi tumpuan terhadap urusan dan perjalanan perniagaan tersebut.

Meskipun dia mengakui, bisnes pakaian yang dipromosikan secara maya menerusi laman sosial dan blog itu mendapat respons yang baik daripada orang ramai, namun dia dan Awal harus akur untuk menamatkan operasi butik kerana keterbatasan waktu dan tidak dapat memberi tumpuan terhadap bisnes itu.

"Operasi ini terpaksa dihentikan operasinya kerana kami tidak mampu lagi untuk memberikan komitmen terhadap urusan bisnes itu. Selepas berbincang, kami memutuskan untuk menamatkan tamatkan operasinya. Memanglah sayang dan ralat tapi kami terpaksa ambil keputusan untuk kebaikan bersama.

"Saya sendiri pun sudah tidak dapat beri komitmen sejak melahirkan anak dan begitu juga Awal yang sibuk dengan kerjayanya. Sebelum ini pun kami terpaksa bergilir-gilir menguruskan perjalanan bisnes itu. Jadi sebelum sesuatu yang buruk berlaku, lebih baik kami tamatkan operasi butik ini untuk mengelak sebarang masalah pada masa akan datang," katanya.

Justeru, Dynas turut ditanya adakah penutupan butik itu disebabkan perselisihan faham di antara mereka, Dynas menyangkal dakwaan tersebut. Kata Dynas, keputusan itu tiada kena-mengena langsung dengan perselisihan faham atau perasaan tidak puas hati mereka.

"Kami hentikan operasi butik ini kerana masing-masing tidak boleh beri komitmen, bukan sebab kami bergaduh atau berselisih faham. Saya dan Awal masih lagi berkawan baik macam dulu," katanya.

"Bukan tak sayang tapi terpaksa" - Awal

Sementara itu, ketika dihubungi bagi mendapatkan penjelasan Awal Jumaat lalu, hos program Fuhh itu turut mengakui keputusan itu disebabkan oleh kesibukan mereka dengan urusan kerja dan keluarga.

Malah, Awal yang menyedari kesibukannya menawarkan diri untuk berundur sebagai rakan kongsi kerana bimbang timbul pelbagai masalah pada kemudian hari.

"Saya putuskan untuk mengundurkan diri kerana kesibukan pada karier saya. Bukan saya tidak sayang pada bisnes yang kami sama-sama mulakan itu tapi terpaksa. Daripada kami bergaduh gara-gara kesibukan masing-masing, lebih baik kami tutup butik itu untuk kebaikan bersama.

"Saya sudah jual bahagian saya pada Dynas dan tiada masalah untuk Dynas teruskan bisnes. Lagipun orang ramai pun sudah kenal dengan jenama itu," katanya yang mengakui hubungan mereka masih baik dan tidak pernah bergaduh seperti didakwa.

Bercerita lanjut, hos dan aktor yang sedang memadu kasih bersama aktres Scha Al Yahya itu berkata, walaupun sedih dengan keputusan itu dia akur terhadap tindakan yang dipersetujui bersama.

"Saya sedih juga sebab kami sama-sama memulakan perniagaan itu kira-kira dua tahun lalu tapi ini adalah keputusan terbaik disebabkan kesibukan masing-masing. Apa pun saya tetap lega kerana tidak perlu rasa serba salah.

"Sebelum ini, kami jarang berpeluang menguruskan butik itu bersama. Jika saya ada waktu lapang pasti Dynas pula sibuk dan begitulah sebaliknya. Sekurang-kurangnya dengan penutupan butik ini perasaan bersalah dalam diri saya itu sudah tiada," jelasnya.

Bertitik-tolak daripada keputusan itu Dynas berkata, dia akan mengambil tanggungjawab seratus peratus untuk menjalankan perniagaan tersebut dengan menghasilkan jenama baru iaitu Dynas by DNA.

Artikel dipetik daripada akhbar Mingguan mStar yang diedarkan bersama Sunday Star keluaran 4 Julai.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan