Taylor Tetap Mencuci & Potong Rumput Sendiri Di Rumahnya

Diterbitkan: Isnin, 5 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MEMAINKAN watak Jacob Black dalam filem Twilight, telah membuatkan Taylor Lautner menjadi idola ekpada peminat siri filem tersebut. Namun begitu Taylor tetap hidup secara sederhana, jauh dari dunia glamor.

Biarpun sudah terkenal, aktor 18 tahun itu masih menetap di rumah orang tuanya. Dia tidak pindah ke apartemen atau rumah yang lebih mewah untuk menjalani hidup sendiri seperti bintang-bintang filem muda yang lain. Dia juga dilaporkan rajin membantu orang tuanya dengan melakukan kerja-kerja rumah.

"Saya membantu memotong rumput, membuang sampah dan mencuci," kata Taylor seperti dipetik ndtv.

Orang tua tidak memberi keistimewaan kepada Taylor biarpun kini dia sudah menjadi bintang terkenal. Dia tetap perlu melakukan tugasan di ruma.

"Bila saya pulang, saya masih punya pekerjaan tambahan yang harus dikerjakan," ujar Taylor.

Bagaimanapun, Taylor menegaskan dia sangat mencintai kehidupan tersebut dan ingin mempertahankan kehidupan seperti itu sebaik mungkin.

"Ini penting untuk saya. Saya hidup dalam dua dunia yang berbeza. Saya memiliki kehidupan ini dan melakukan apa-apa yang saya sukai untuk dikerjakan. Tapi saya juga punya kehidupan berkeluarga seperti sebelumnya dan tidak ada apapun yang berubah," kata Taylor.

Pemilik nama sebenar Taylor Daniel Lautner ini dilahirkan di Michigan, Amerika Serikat pada 11 Februari 1992. Dia memainkan watak sebagai seekor serigala.

Sebelum terkenal melalui filem 'Twilight', Taylor juga berlakon dalam 'The Adventures of Sharkboy and Lavagirl' dan 'Cheaper by the Dozen 2'.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan