Gulatis Pula Saman Zahnita

Diterbitkan: Isnin, 5 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat tekstil ternama, Gulati’s Exclusive Sdn Bhd (Gulatis) memfailkan saman terhadap pelakon dan model, Zahnita menuntut ganti rugi sebanyak RM30 juta kerana didakwa mengeluarkan kenyataan berbentuk fitnah terhadap syarikat tersebut.

Menurut Pengurus Bahagian Promosi dan Pengiklanan Gulatis, Norazliana Abdul Sani, saman itu difailkan pada 5 Februari lalu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, menerusi Tetuan Cheang & Ariff dengan menamakan Zahnita atau nama sebenarnya Zahnita Dorothy Hussien Wilson, 25, sebagai defendan.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, Norhatini Abd Hamid menetapkan 8 Oktober depan sebagai tarikh pengurusan kes.

Gulatis selaku plaintif menuntut ganti rugi RM15 juta kerana fitnah dan kepalsuan memudaratkan manakala baki RM15 juta lagi sebagai gantirugi teruk dan teladan serta faedah pada kadar 8 peratus setahun ke atas jumlah gantirugi bermula 12 Disember 2009 hingga tarikh penghakiman.

Selain itu, plaintif turut menuntut satu perintah injunksi untuk menghalang Zahnita atau ejennya daripada bercakap, menerbitkan, menyiarkan atau menyebabkan kenyataan-kenyataan yang didakwa berunsur fitnah itu disiarkan.

Zahnita didakwa mengeluarkan kenyataan yang mengandungi fitnah itu kepada pihak media yang membuat liputan semasa dia memfailkan saman sebanyak RM2 juta terhadap plaintif pada 11 Disember tahun lalu kerana mendakwa gambarnya digunakan untuk kepentingan perniagaan tanpa persetujuannya.

Kenyataan-kenyataan itu didakwa disiarkan di media elektronik dan cetak pada hari yang sama dan pada 12 Disember 2009.

Justeru itu, berdasarkan penyataan tuntutannya, plaintif mendakwa kenyataan itu membawa maksud plaintif adalah penipu, tidak amanah, mengeksploitasikan defendan, entiti perniagaan yang tidak beretika dan tidak bertanggungjawab serta enggan membayar defendan bagi penggunaan gambarnya.

Selain itu, plaintif turut mendakwa mengalami kerugian dalam perniagaannya, terutamanya reputasi perniagaan.

Plaintif juga mendakwa Zahnita telah bersetuju supaya satu gambarnya digunakan oleh plaintif tertakluk pada bayaran RM5,000 dan cek itu sepatutnya diambil pada 25 Julai 2008 tetapi defendan yang tidak dapat hadir bersetuju untuk kembali pada 29 Ogos tahun yang sama bagi tujuan tersebut.

Sementara itu, Norazliana juga memberitahu, pihak Gulatis telah mencapai penyelesaian di luar mahkamah berhubung saman yang difailkan dua pelakon Tony Eusoff dan Diana Johor yang difailkan pada 20 Januari lalu.

Tony Eusoff, 33, dan Diana Johor, 29, masing-masing menuntut saman RM500,000 atas dakwaan menggunakan gambar bagi tujuan komersial tanpa kebenaran yang sah.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan