Ciplak: Lan Kristal Cari Paklong

Diterbitkan: Isnin, 5 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

"JIKA benar lagu tersebut hasil ciptaan seseorang yang bernama Pak Long, dia perlu tampil menuntut haknya," jelas vokalis kumpulan Kristal, Lan yang didakwa menciplak lagu Selagi Ada Rindu.

Tambahnya lagi, beberapa orang telah mengakui diri sebagai Pak Long yang mencipta lagu tersebut tapi tidak berani tampil secara berani.

"Saya sendiri tidak pasti dari mana asal usul lagu tersebut. Saya tahu ia popular di You Tube dan hasil ciptaan seseorang bernama Pak Long. Namun sampai sekarang kita tidak tahu siapa Pak Long sebenar kerana sudah beberapa orang yang menyamar sebagai Pak Long.

"Kristal telah diberi tanggungjawab oleh syarikat rakaman kami iaitu Universal Muzik untuk menyusun semula muzik lagu ini agar mengenai dengan konsep muzik Kristal.

"Namun jika wujud Pak Long sebenar yang ingin membawa perkara ini ke mahkamah kerana menciplak lagunya dia perlu berurusan dengan syarikat rakaman kami terlebih dahulu kerana Kristal tidak tahu menahu tentang ini," jelas Lan atau nama sebenar Mohd. Razlan Mohamed Yusof. Menurut Lan lagi, Lagu tersebut telah diubah suai mengikut susunan muzik Kristal agar lebih sedap didengar dan mudah diterima pendengar.

"Kristal telah beri nafas baru untuk lagu ini. Lebih rock tetapi sedap didengar, jenis lagu-lagu begini mudah menarik pendengar terutamanya peminat luar bandar.

"Setakat ini respon peminat semua baik sahaja, malah mereka suka Kristal mendendangkan lagu tersebut di mana-mana persembahan nyanyian," katanya yang tidak mahu lagu tersebut terus dipersoalkan ketulenannya

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan