Taylor Lautner Masih Potong Rumput Sendiri

Diterbitkan: Ahad, 4 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aktor Taylor Lautner hadir ke tayangan filem, Twilight Saga: Eclipse di The Crosby Street Hotel pada 28 Jun 2010 di New York City. - Foto AFP
Aktor Taylor Lautner hadir ke tayangan filem, Twilight Saga: Eclipse di The Crosby Street Hotel pada 28 Jun 2010 di New York City. - Foto AFP

PELAKON siri Twilight, Taylor Lautner yang menjadi pujaan gadis-gadis seantero dunia rupa-rupanya gemar menjalani hidup sederhana dan jauh daripada dunia glamor.

Biarpun dikenali ramai, aktor 18 tahun itu lebih selesa tinggal di rumah ibu bapanya berbanding berpindah ke apartmen atau rumah yang lebih mewah seperti bintang-bintang filem muda yang lain.

Pelakon watak Jacob Black itu rajin membantu ibu bapanya melakukan kerja rumah.

"Saya membantu memotong rumput, membuang sampah dan mencuci," kata Taylor kepada ndtv semalam.

Kedua-dua orang tuanya tidak memberikan apa-apa keistimewaan meskipun kini dia menjadi bintang terkenal.

"Bila pulang ke rumah, saya masih mempunyai pekerjaan tambahan yang harus dilakukan," ujar Taylor.

Taylor sangat mencintai kehidupan di rumah dan ingin mempertahankan kehidupan normal seperti itu sebaik mungkin.

"Ini sangat penting kepada saya kerana saya hidup dalam dua dunia yang berbeza. Saya memiliki kehidupan ini dan melakukan apa-apa yang saya suka. Tapi saya juga ada kehidupan biasa seperti sebelumnya dan tidak ada apapun yang berubah," kata Taylor.

Taylor pernah berlakon dalam The Adventures of Sharkboy and Lavagirl dan Cheaper by the Dozen 2.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan