Lana Nordin Bukan ‘Taste’ Saya – Zain Saidin

Diterbitkan: Ahad, 4 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Zain ketika ditemui di majlis pelancaran drama bersiri Duyong Aridinata di Ampang baru-baru ini. - Foto oleh BRIAN MOH
Zain ketika ditemui di majlis pelancaran drama bersiri Duyong Aridinata di Ampang baru-baru ini. - Foto oleh BRIAN MOH

TIDAK dinafikan dirinya menggilai wanita yang berwajah eksotik dan berkulit sawo matang.

Tidak dinafikan juga, ciri-ciri tersebut dimiliki oleh aktres seksi Lana Nordin yang dikaitkan dengan aktor Zain Saidin.

Namun begitu, tidak bermakna Zain, adik kepada penyanyi Sasha Saidin itu menggilai wanita itu, malah dia juga menafikan Lana merupakan kekasihnya.

“Saya dan Lana hanya berkawan. Lagipun, dia bukan cita rasa saya,” jawab Zain bila diaju soalan tentang Lana.

Dia mengaku masih solo dan belum menemui wanita pilihan.

Dalam diam, pelakon drama bersiri Duyong Aridinata itu mengakui ciri-ciri wanita seperti watak Neytiri dalam filem Avatar lakonan Zoe Saldana menjadi pilihannya. Dia juga menyukai rupa paras aktres itu.

Beralih kepada karier seni anak bongsu daripada tiga beradik itu, dia merasakan agak terlambat untuk dikenali dalam industri ini.

Apabila rezekinya dalam bidang lakonan semakin diterima, Zain nekad untuk tidak menolak lagi.

Jika dulu, dia sering menolak tawaran lakonan kerana mahu menumpukan kepada bidang muzik dan pelajaran.

“Dulu, saya, Sasha dan Lana sudah merakamkan lima buah lagu bersama-sama di bawah syarikat rakaman kakak ipar saya, Hana. Jadi, saya terpaksa menolak tawaran berlakon ketika itu.

“Tetapi selepas Hana bercerai dengan abang saya, kami sudah tidak menghubungi antara satu sama lain dan masing-masing membuat hal sendiri. Kami terpaksa hentikan pembikinan album itu.

“Selepas itu saya bekerja di Fitness First sebagai jurulatih. Apabila terserempak Pengarah Urusan Zeel Production Sdn. Bhd., Md. Fadzil Teh di Fitness First, dia menawarkan lakonan tetapi buat kali keduanya saya terpaksa menolak kerana sedang belajar,” jelasnya.

Beberapa kali dipujuk, akhirnya Zain menerima tawaran berlakon. Mungkin sudah rezekinya dalam bidang itu.

“Sekarang saya semakin selesa berlakon dan tidak akan menolak jika ada rezeki. Walaupun keutamaan saya adalah lakonan, namun saya masih setia dengan muzik.

“Saya telah membuat sebuah single berjudul Free Me. Saya menyanyi rap bersama-sama rakan dari Nigeria dan Afrika Selatan serta nyanyian korus oleh Rozana Ibrahim.

“Sekarang, kami sedang membuat video muzik untuk lagu itu. Kami akan memuat naikkan video itu dan laman web YouTube untuk melihat respons daripada peminat. Kiranya, kami akan cuba secara underground dulu,” kata pelajar jurusan Reka Grafik dari Kolej Sunway itu.

Zain gemarkan watak yang luar biasa kerana dirinya juga seorang yang tidak suka duduk diam dan suka membuat orang gembira.

“Misalnya, saya suka watak Rodi dalam drama bersiri Kiah Pekasam yang kelakar. Saya bukanlah seorang yang serius. Apabila bekerja memang kita perlu serius tetapi secara semulajadinya saya seorang yang ceria dan suka menegur orang.

“Watak kedua yang saya suka adalah menjadi orang bunian dalam drama Sayang Cendana. Saya menyukai kostumnya yang pelik. Saya juga tak kisah jika suatu hari nanti diberikan watak makhluk asing atau muka hodoh,” tuturnya yang sedang sibuk dengan penggambaran telefilem istimewa Raya Kiah Pekasam dan drama Kiah Pekasam episod kedua serta sebuah lagi telefilem.

Disebabkan sibuk dengan karier seninya, Zain mengambil keputusan untuk menangguhkan pelajarannya untuk semester ini. Selain lakonan dan muzik, Zain turut terlibat dengan bidang peragaan dan komersil.

Di waktu lapang, jejaka kacukan Melayu dan Inggeris itu aktif bermain bola keranjang, futsal dan berenang. Dia juga pakar memasak pasta, nasi goreng dan sayur-sayuran.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan