Adam Hamid Suka Fantasi

Diterbitkan: Sabtu, 3 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

FIKIRANNYA sering melayang memikirkan tentang dunia fantasi sehingga mampu mencipta imaginasi sekaligus mengarah drama fantasi untuk slot Lagenda di TV3.

Dialah pengarah yang semakin mencipta nama dalam industri hiburan tanah air yang dikenali sebagai Adam Hamid (gambar).

“Ya, secara peribadinya saya memang suka fantasi dan berfantasi,” akuinya kepada mStar Online.

Setakat ini, sudah empat buah drama bercorak fantasi untuk slot Lagenda yang diarahkan oleh Adam iaitu Julia Juli Bintang Tiga, Sumpah Bunian, Siong dan terbaru Duyong Aridinata.

Duyong Aridinata bakal ditayangkan mulai 12 Julai ini, pukul 4.30 petang di TV3 menerusi slot Lagenda manakala siaran ulangannya pada pukul 8.30 malam di TV9.

Katanya: “Apabila ditawarkan untuk mengarah slot Lagenda, saya akan cuba melakukan sebaik mungkin dengan imaginasi fantasi yang saya ada.

“Setiap drama saya mempunyai kelainannya. Misalnya Duyong Aridinata memberikan cabaran tersendiri.

“Alhamdulillah, tiada apa-apa perkara yang buruk berlaku sepanjang penggambaran drama itu. Tetapi perkara menarik yang tidak dijangka pula berlaku apabila sekumpulan sotong datang ke arah kami semasa sedang menjalani penggambaran dasar laut di Pulau Lang Tengah, Terengganu," katanya.

Menariknya, Adam turut merakam syot sekumpulan sotong itu untuk dipaparkan dalam drama yang dilakonkan oleh Zachery Francis, Fasha Sandha dan Natasha Hudson itu. Dia menyelam bersama empat orang kru termasuk dua orang jurukamera.

Dalam pada seronok menyelam di lautan dalam di pulau itu, Adam turut menceritakan tentang pengalaman salah seorang kru yang terkena renjatan elektrik.

“Dia jatuh sakit sekejap sahaja dan selepas itu melakukan kerja seperti biasa. Nasib baik tiada perkara yang teruk berlaku selepas itu,” ujarnya.

Adam juga sedang sibuk dengan penggambaran telefilem Kasih Sejati dan drama 10 episod Pangkin Atuk.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan