Ning Berjaya Bangkit Tanpa Pengurus

Diterbitkan: Jumaat, 2 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

- Foto oleh NORAFIFI EHSAN
- Foto oleh NORAFIFI EHSAN

SETELAH hampir dua tahun menguruskan diri tanpa bantuan pengurus peribadi, penyanyi Ning Baizura mengaku dia lebih yakin menggalas tugas itu.

Kata Ning, pengalaman yang ditimba dengan pengurus-pengurus sebelum ini banyak memberinya peluang untuk berdikari selain mempelajari selok belok dunia seni dengan lebih baik.

Ning memiliki pengurus bermula daripada ibunya, Stella Abdullah, sehinggalah kepada pengurus asing, mendiang Mike Bernie dan Vernon Kedit Jolly.

Sepanjang 17 tahun menimba pengalaman dengan mereka yang boleh dianggap sebagai ‘sifu’, Ning akui banyak perkara yang dipelajarinya tentang selok-belok bergelar anak seni.

“Alhamdulillah, apabila usia sudah menjangkau 35 tahun dan sudah berumah tangga, saya akui lebih yakin untuk berdikari sebagai seorang usahawan yang berjaya.

“Dalam masa yang sama, saya juga belajar bangkit semula dan menjadi penghibur yang berjaya. Insya-Allah kalau ada rezeki banyak lagi ilmu yang saya ingin belajar dan bekalkan dalam diri,” katanya kepada mStar Online.

Penyanyi bersuara lantang dan soprano itu sentiasa mengenang jasa dan pengorbanan yang dilakukan oleh bekas-bekas pengurusnya itu. Tanpa mereka, dia tidak mungkin mampu mencapai tahap seperti sekarang ini.

“Mereka semua telah memberi saya banyak pengajaran mengenai dunia hiburan selama ini. Saya amat terhutang budi buat mereka semua,” luah Ning sepenuh hati.

Berbekalkan usaha untuk terus kekal dalam industri seni tempatan, penyanyi yang sedang popular menerusi lagu Mama Papa itu menubuhkan syarikatnya iaitu Happenings (M) Sdn. Bhd.

“Syarikat saya turut bertindak mengendalikan aktiviti saya sendiri disamping pelbagai aktiviti lain.

"Saya juga telah membuka sebuah restoran dan dewan muzik diberi nama Dewan Muzik Selebriti sejak April lalu di SoHo KL Solaris Mont Kiara, Damansara.

Dalam perkembangan lain, Ning juga telah merakamkan album ke-11 yang akan diedarkan selepas Hari Raya tahun ini.

Pelakon filem Diva dan Muallaf itu juga akan muncul dengan filem terbarunya berjudul Cun di pawagam pada tahun ini.

Selain itu, dia juga sedang menjayakan teater muzikal Shout! The Mod Musical yang akan dipentaskan di KL Pac, Sentul Park dari 15 hingga 21 Julai ini.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan