Duyong Aridinata Dijangka Meletup

Diterbitkan: Jumaat, 2 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Barisan pelakon utama drama bersiri Duyong Aridinata yang ditayangkan mulai 12 Julai ini di TV3, pukul 4.30 petang dan ulangan di TV9, pukul 8.30 malam. - Foto oleh BRIAN MOH
Barisan pelakon utama drama bersiri Duyong Aridinata yang ditayangkan mulai 12 Julai ini di TV3, pukul 4.30 petang dan ulangan di TV9, pukul 8.30 malam. - Foto oleh BRIAN MOH

DRAMA bersiri 64 episod Dyesebel dari Filipina pernah mencetuskan populariti tersendiri pada tahun lalu.

Tahun ini, produksi tempatan iaitu Zeel Productions tidak melepaskan peluang membikin drama bersiri 20 episod berjudul Duyong Aridinata yang seakan-akan sama dengan drama popular berkisarkan cinta romantis antara duyung dan manusia.

Duyong Aridinata bukan menceritakan seorang duyung wanita seperti yang ditonton dalam Dyesebel, tetapi seorang putera duyung yang mahu mencari cinta sejati di bumi.

Drama arahan pengarah terkenal Adam Hamid itu menyelami pengembaraan putera duyung bernama Aridinata lakonan Zachery Francis yang mahu memahami dunia manusia dan mengenali erti cinta sejati.

Menurut Adam, tidak dinafikan drama itu mempunyai persamaan dengan Dyesebel dari segi "shoot" studio dan latar set. Namun apabila sampai ke dalam laut, suasananya pasti berbeza kerana mereka merakamkan pemandangan sebenar dalam laut di Pulau Lang Tengah, Terengganu.

“Kami menjalani penggambaran selama empat hari dengan kedalaman tujuh meter dalam laut menggunakan kamera kalis air,” katanya semasa majlis pelancaran drama bersiri itu di Ampang kelmarin.

Keseluruhan penggambaran drama itu dilakukan selama sebulan bermula awal Mei sehingga minggu ketiga Jun lalu.

Sepanjang 19 tahun dalam industri seni dan lapan tahun bergelar pengarah, ini merupakan kali pertama Adam terlibat dengan cerita yang memerlukannya menyelam di dasar laut.

“Bagi saya, agak mencabar juga untuk memberikan arahan kepada pelakon ketikam di dalam air. Jadi, saya harap ramai yang akan menonton drama Duyong Aridinata kerana ia bukan sahaja banyak memberikan cabaran kepada jalan cerita tetapi juga kepada pelakon,” luahnya.

Duyong Aridinata turut merungkai tentang Aridinata pernah menyelamatkan seorang perempuan yang hampir lemas di laut dan mengagumi kesempurnaan tubuh manusia.

Maka, Aridinata dan Bumatra (Hirzi) mencari jalan untuk keluar dari empayar Insangrumpair. Aridinata sering teringatkan budak perempuan yang pernah diselamatkannya dan mahu mencarinya ke alam manusia.

Dengan bantuan Dukun Mek Melusa (Maria Farida), Aridinata dan Bumatra berjaya menukarkan ekor mereka kepada sepasang kaki manusia.

Namun, Aridinata perlu memenuhi beberapa syarat. Dia hanya akan kekal menjadi manusia sekiranya ada wanita mengucapkan cinta kepadanya dalam tempoh tujuh bulan.

Aridinata dan Bumatra telah berkenalan dengan Cleo (Fasha Sandha) dan Tom Diana (Syakilla) yang mengikuti rombongan pelajar Universiti Malaya. Aridinata tertarik dengan perwatakan Cleo yang ikhlas dan bersahaja. Aridinata berusaha untuk memenangi hati Cleo kerana masa semakin suntuk.

Siri selama 20 episod ini akan bersiaran mulai 12 Julai ini, setiap Isnin hingga Khamis pukul 4.30 petang menerusi slot Lagenda di TV3 dan siaran ulangannya di TV9 pukul 8.30 malam.

Selain Zachery Francis dan Fasha Sandha ia turut membariskan pelakon popular lain seperti Natasha Hudson, Rozie Rashid, Tony Eusoff, Maria Farida, Zain Saidin, Jasmin Hamid, Hirzi, Syakilla.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan