AC Mizal Peroleh Injunksi Halang Isteri Bercakap Dengan Media Tertentu

Diterbitkan: Rabu, 30 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pelakon dan pengacara AC Mizal hari ini, memperoleh perintah injunksi bagi melarang bekas isterinya, Shafnie Zainudin daripada memberi kenyataan di luar mahkamah berhubung kes tuntutan nafkah dua anak mereka.

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Abu Zaky Mohammad turut membenarkan permohonan AC Mizal bagi menghalang tiga media daripada menyiarkan atau membuat laporan berhubung kes itu melainkan apa yang direkodkan oleh mahkamah.

Tiga media tersebut ialah News Straits Times Press, Sinar Harian dan Utusan Malaysia.

Pada penghakimannya, Abu Zaky berkata, permohonan injunksi itu dibenarkan kerana isu yang dibicarakan adalah sensitif untuk pihak-pihak tertentu.

Meskipun bersetuju dengan pembelaan Shafnie bahawa AC Mizal gagal untuk membuktikan reputasinya sebagai artis terjejas ekoran kenyataannya di luar mahkamah, Abu Zaky berkata, injunksi itu perlu dibenarkan.

“Mahkamah melihat ia adalah prosiding yang sedang berjalan dan tidak sewajarnya apa-apa ulasan dibuat. Apa-apa tindakan dan ulasan boleh menjadi perkara yang menghina mahkamah,” ujar Abu Zaky.

Bagaimanapun, Abu Zaky menolak permohonan bekas penyanyi kumpulan 4U2C itu untuk menghalang Shafnie daripada membawa anak-anak mereka ke mahkamah.

“Mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk menghalang sesiapa daripada membawa sesiapa datang ke mahkamah,” katanya.

AC Mizal, 38, hadir di mahkamah bagi mendengar keputusan itu dan diwakili peguam syarie Siti Aishah Din sementara peguam syarie Norazmi Mohd Arif menerima keputusan bagi Shafnie, 34 tahun.

Pasangan itu berkahwin pada 24 Jun 1995 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Shafiq Iman, 13, dan Muhammad Shabil Iman, 10, sebelum sah bercerai pada 17 Oktober 2001.

Kes tuntutan tunggakkan nafkah anak masih dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah di Kajang, dekat sini.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan