Buka Restoran : Chef Riz Tak Harap Bantuan Chef Wan

Diterbitkan: Selasa, 29 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Riz (kiri) bersama-sama dua rakan kongsinya iaitu Sam Adnan (tengah) dan Muhammad Farhan Shafee (kanan) di majlis pra-pelancaran restoran mereka, On The Table dan sambutan Hari Jadi Riz ke-28 di Solaris Dutamas Sabtu lalu. - Foto oleh SHAARI CHE MAT
Riz (kiri) bersama-sama dua rakan kongsinya iaitu Sam Adnan (tengah) dan Muhammad Farhan Shafee (kanan) di majlis pra-pelancaran restoran mereka, On The Table dan sambutan Hari Jadi Riz ke-28 di Solaris Dutamas Sabtu lalu. - Foto oleh SHAARI CHE MAT

ANAK lelaki kepada chef selebriti ternama Datuk Chef Wan iaitu Mohd. Nadzri, tidak bergantung kepada bapanya untuk membuka restoran sekali gus bertindak sebagai pengarah eksekutif syarikat itu.

Mohd. Nadzri atau Chef Riz berkata, restoran On The Table dan syarikat Culinary Brilliance Sdn. Bhd. ditubuhkan hasil titik peluhnya dan kawan-kawan.

Kata Riz, dia membuka restoran yang itu bersama dua rakannya iaitu Sam Adnan yang bertindak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Muhammad Farhan Shafee selaku Pengarah Eksekutif.

“Bapa saya pun kagum dengan saya kerana pada usia 28 tahun saya sudah boleh membuka restoran sendiri,” katanya semasa pra pelancaran restoran itu yang terletak di A4-UG-1-08, Solaris Dutamas, Jalan Dutamas 1, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Selain majlis itu, Riz turut mengadakan majlis ulang tahun hari lahirnya lebih awal yang jatuh pada Isnin lalu.

Menyentuh tentang idea dan konsep restoran yang setaraf dengan Alexis dan Delicious itu, Riz berkata bapanya tidak lokek berkongsi ilmu selain memberikan pandangan.

On The Table menyediakan makanan cita rasa antarabangsa berkonsepkan kontemporari.

“Saya ada juga meminta pendapat daripada bapa dari segi dekorasi, konsep dan panduan. Dia memberikan maklum balas yang baik,” katanya.

Menurut Riz, On The Table merupakan salah satu anak syarikat di bawah Culinary Brilliance.

Abang kepada pelakon Serina Redzuawan itu akui dia memang bercita-cita untuk menjadi seorang chef yang berjaya sejak kecil.

Dengan usaha gigihnya sendiri, Riz berharap dapat berjaya seperti bapanya pada suatu masa nanti.

“Saya tak kisah jika orang mahu bandingkan antara saya dengan bapa kerana saya memang anaknya.

“Kami berjuang perkara yang sama iaitu untuk memartabatkan negara melalui masakan. Bagi saya, restoran ini umpama pentas dan sekarang saya sudah mempunyai pentas sendiri,” tambahnya.

Dalam perkembangan lain, Riz juga terlibat dengan program masakan berjudul Sajian Kontemporari yang sudah memasuki musim kedua di RTM1. Dia mengacara program tersebut bersama adiknya, Serina.

Menyentuh tentang musim baru program itu, mereka mengetengahkan makanan moden dan mudah dimasak terutama kepada wanita yang baru hendak belajar memasak.

“Program kali ini lebih menggalakkan orang muda untuk memasak,” katanya.

Sempena ulang tahun hari lahirnya itu Riz berazam untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Menyentuh tentang azam berumah tangga, sambil tersenyum Riz menjawab: “Saya mahu berkahwin dengan restoran dulu.”

Hampir 100 tetamu hadir ke majlis itu termasuk ibunya Norhayati Ayob, adiknya, Serina serta pelakon Datin Rosnani Jamil, Memey Suhaiza dan Norman Hakim.

Bapanya, Chef Wan tidak hadir ke majlis itu kerana mempunyai urusan kerja di Turki.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan