Aizuddin Lakar Nama Malaysia Di Jepun

Diterbitkan: Selasa, 29 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Penyanyi kelahiran Malaysia Muhammad Aizuddin Anwar, berjaya melakar nama di Jepun.
Penyanyi kelahiran Malaysia Muhammad Aizuddin Anwar, berjaya melakar nama di Jepun.

KUALA LUMPUR: Dendangan lagu seorang penyanyi kelahiran Malaysia berjaya menambat hati peminat seni suara di Jepun menerusi album sulungnya, I Need You Baby.

Muhammad Aizuddin Anwar atau lebih popular dengan nama 'Aizdean', menarik 30,000 muat turun ke telefon bimbit dalam kalangan anak muda di Negara Matahari Terbit itu.

Album sulungnya yang didatangkan dalam versi Jepun dan Inggeris turut diedarkan di Amerika Syarikat serta Eropah selain menerusi iTunes.

Kini, penyanyi kelahiran Selayang yang berusia 27 tahun itu bakal tampil dengan album single terbaru hanya dalam versi bahasa Jepun, Show Me The Glory, bulan depan.

Album ini adalah lagu imej bagi satu permainan Jepun yang dikenali sebagai Far East of Eden.

Aizdean memberitahu Bernama dalam wawancara menerusi e-mel bahawa beliau berhasrat mempromosikan muzik Jepun di Malaysia, selain mempromosikan muzik Malaysia di Jepun.

Pemegang ijazah Sarjana dalam Kejuruteraan Elektronik dari University of Electro-Communications, Tokyo, akan pulang ke tanah air hari ini untuk bercuti sehingga 10 Julai. "Impian saya ialah untuk menjadi seorang yang boleh merapatkan lagi hubungan antara Malaysia dan Jepun dengan memberi kegembiraan serta pilihan kepada masyarakat di sana," kata Aizdean, yang pernah menyertai kumpulan nasyid ketika bersekolah.

"Saya pulang ke tanah air kerana beberapa urusan peribadi... pada masa sama saya mahu makan nasi lemak, roti canai dan satu jenama ayam goreng popular yang sudah lama saya tidak nikmati di sana," katanya.

Aizdean, yang meminati penyanyi Datuk Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah dan Linkin Park, mula belajar menyanyi dalam bahasa Jepun sejak Januari tahun lepas.

Ditanya tentang minatnya untuk menyanyi lagu Jepun, Aizdean berkata ia berputik semasa beliau berusia 18 tahun dan mula mempelajari bahasa Jepun selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Beliau belajar bahasa itu di sini selama setahun dan setahun lagi di Tokyo. Aizdean ketika ini ditaja oleh Tourism Malaysia, Japan Malaysia Association (JMA), Van Council dan Dragon Beard di Jepun. "Saya berharap dapat lebih banyak penaja di Malaysia memandangkan saya memerlukan sokongan daripada tanah air saya sendiri," kata bintang muda yang semakin bersinar itu yang terkenal dengan genre Rhythm and Blues (R&B).

Beliau turut menyimpan impian bagi menghasilkan lebih banyak album untuk edaran ke seluruh dunia.-BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan