Mentor 4: Ila Tersingkir

Diterbitkan: Isnin, 28 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ila Damiaa Johar akur dengan keputusan malam tadi walaupun beria-ia beraksi pada final Mentor 4 minggu depan. - Foto THE STAR Oleh MOHD SAHAR MISNI
Ila Damiaa Johar akur dengan keputusan malam tadi walaupun beria-ia beraksi pada final Mentor 4 minggu depan. - Foto THE STAR Oleh MOHD SAHAR MISNI

SHAH ALAM: Protege Joe Flizzow, Ila Damiaa Johar gagal meneruskan cabaran ke final Mentor 4 pada minggu depan selepas memperoleh markah terendah iaitu 42 markah pada separuh akhir sesi kedua pertandingan tersebut di sini malam tadi.

Adi Hamiz Johar (Adi) yang juga abang kepada Ila pula memperolehi 44 markah; Nurhadzwani Salleh (Nani), 55 markah manakala Mohd Izwan Mohd Nor (Mohd), 59 markah.

Dengan itu, Adi, Nani dan Mohd berjaya melangkah ke acara final yang akan berlangsung di Auditorium MBSA 4 Julai nanti.

Malam tadi, protégé Ziana Zain iaitu Mohd menyampaikan medley lagu Kau Ilhamku, Srikandi Cintaku dan Ibukota Cinta melengkapkan genre lagu yang dipilih dengan menumpukan kepada kekuatan vokal.

Manakala, Nani (Azmeer) memberi tumpuan kepada vokal dan persembahan dengan lagu-lagu nota tinggi dan rancak seperti Its Gonna Be Me, Fighter dan Setelah Aku Kau Miliki.

Ila (Joe) pula mendendangkan lagu Cinta di Akhir Garisan dan Asmaradana. Persembahan tarian Ila mendapat pujian juri undangan, Datuk Sheila Majid yang terhibur dengan koreografi seni tarinya.

Adi (Dayang Nurfaizah) membawakan lagu Inilah Cinta dan Tapi Bukan Aku yang menumpukan kepada persembahan bertenaga.

Dalam sidang akhbar setelah selesai pertandingan itu, Joe berkata, dia akur dengan keputusan malam itu dan menyifatkan protegenya mungkin tidak mempunyai rezeki dalam Mentor 4.

"Pastinya perjalanannya tidak akan berhenti kerana saya akan cuba menjadikannya sebagai bintang suatu hari nanti.

"Lagi dua minggu, saya akan mengeluarkan single Ku Ingin dan saya akan menampilkan Ila dalam single saya," katanya.

Sementara itu, Ila yang kelihatan berlinangan air mata tidak dapat membendung perasaan kecewanya.

"Saya memang kecewa kerana selangkah lagi, saya akan dapat memasuki final. Setiap kali saya membuat persembahan, pasti ada ruang untuk kemajuan lagi.. Itulah yang saya sedih sangat kerana tidak berpeluang untuk berbuat demikian lagi," katanya.

Sementara itu, Penerbit Eksekutif/ Pengarah Mentor 4, Mohd Sufian Isa berkata, pihaknya mengambil keputusan untuk menyingkirkan seorang peserta sahaja pada malam tadi dan bukannya dua orang bagi memastikan persaingan di peringkat akhir kelak akan menjadi lebih hebat dan menarik.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan