Kecoh Ariel Dipercayai Bunuh Diri

Diterbitkan: Isnin, 28 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nazriel Ariel (kanan) diiringi anggota polis Indonesia memasuki ibu pejabat polis pada 22 Jun 2010 selepas dia menyerah diri ekoran skandal video seksnya bersama selebriti tersebar di Internet. - Foto AFP
Nazriel Ariel (kanan) diiringi anggota polis Indonesia memasuki ibu pejabat polis pada 22 Jun 2010 selepas dia menyerah diri ekoran skandal video seksnya bersama selebriti tersebar di Internet. - Foto AFP

JAKARTA: Ketika pihak polis Indonesia sedang melakukan siasatan berhubung penyebaran video lucah bekas vakalis Peterpan, Ariel dengan dua wanita secara berasingan, timbul isu terbaru penyanyi itu dikatakan telah membunuh diri.

Khabar angin itu tersebar luas di seluruh Jakarta pada Sabtu lalu. Kematian Ariel dikatakan berpunca apabila dia menelan pil secara berlebihan akibat tekanan kerana tuduhan melakukan seks tanpa nikah dengan selebriti negara itu, Luna Maya dan Cut Tari.

Selain tekanan itu, masalah Ariel bertambah rumit apabila polis turut menemui pita rakaman aksi tidak bermoralnya dengan empat lelaki.

Brigidier Jeneral Zainuri Lubis kepada portal berita inilah.com berkata, berita itu hanyalah spekulasi semata-mata dan pihak polis menafikan kematian Ariel di dalam tahanan.

Zainuri berkata, siasatan terhadap Ariel masih lagi berjalan tetapi buat masa ini pihaknya masih belum dapat menemui siapakah dalang yang mengedar video itu sehingga mencetus kemarahan semua pihak.

Sejak Sabtu lalu peminat dunia hiburan di Indonesia menerima khabar buruk kononnya Ariel membunuh diri.

Inilah.com melaporkan berita itu tersebar seperti berikut:

“Innalillahi wa innalilahi rajiun, telah pulang kepada Tuhan yang maha kuasa, Nazriel Irham (Ariel Peterpan) yang mengalami “overdose” akibat terkanan perasaan di dalam bilik tahanan pada pukul 1.08 petang ini (Sabtu lalu). Marilah kita berdoa agar arwahnya diterima di sisi Tuhan yang Maha Kuasa. Amin.”

Sementara itu pegurus penyanyi itu, Budi Suratman menyifatkan berita palsu itu datangnya daripada mereka yang tidak bertanggungjawab sehingga meresahkan masyarakat terutama para peminat vokalis Peterpan.

"Kami ingin memberitahu kepada masyarakat bahawa Ariel sihat dan tidak berlaku apa-apa yang tidak diingin pada dirinya," katanya kepada pemberita seperti yang disiarkan portal detikhot.com malam Sabtu lalu..

Budi Suratman berharap masyarakat mengetahui perkara yang sebenar.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan