Paul McCartney Kritik Filem Biografi John Lennon

Diterbitkan: Ahad, 27 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DUA buah filem biografi tentang penyanyi lagenda John Lennon iaitu Nowhere Boy dan Lennon Naked dikritik oleh bekas anggota The Beatles, Paul McCartney.

Filem pertama yang dikritik Paul adalah Nowhere Boy arahan Sam Taylor-Wood yang diterbitkan pada tahun lalu. Filem itu menceritakan tentang kehidupan masa muda Lennon hingga bergabung dengan The Beatles.

"Saya tidak pernah memukul John seperti dalam filem Nowhere Boy. Karakter saya dalam filem itu cool, jadi tidak mungkin saya memukul John," kata Paul kepada azcentral, semalam.

Kritikan Paul tersebut sudah dimaklumkan kepada sutradara filem, Sam Taylor-Wood. Namun Sam mendakwa filem itu tidak betul-betul sepenuhnya menggambarkan kehidupan Lennon.

Kedua, filem Lennon Naked, yang menceritakan tentang zaman gelap Lennon ketika ditinggalkan oleh pengurus The Beatles pada tahun 1967 hingga 1971. Waktu itu, Lennon dihantui dengan zaman kanak-kanaknya.

Dalam filem tersebut, Paul menafikan pernah menyarankan Lennon untuk tidak beraksi bogel dengan Yoko Ono untuk kulit album Unfinished Music No.1: Two Virgins tahun 1968.

"Dakwaan yang mengatakan saya meminta John untuk berhenti melakukan aksi bogel untuk Two Virgins adalah tidak benar. Apa yang John dan Yoko lakukan atas keputusan mereka sendiri," jelas bekas pemain bass The Beatles itu.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan