Ariel Disaran Bertaubat, Mohon Maaf Kepada Masyarakat - Berita Hiburan | mStar

Ariel Disaran Bertaubat, Mohon Maaf Kepada Masyarakat

Diterbitkan: Ahad, 27 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SELEPAS disahkan bersalah kerana merakamkan adegan seksualnya dengan selebriti Luna Maya dan Cut Tari, penyanyi Ariel disarankan untuk memohon maaf.

Pengerusi Muhammadiyah, Din Syamsuddin berkata Ariel bukan sahaja perlu memohon maaf kepada orang ramai kerana perbuatannya itu malah harus juga betaubat.

"Dia harus mohon maaf kepada Allah. Kalau minta maaf kepada orang ramai tidak ada gunanya dan tidak akan menyelesaikan masalah," kata Din kepada detikhot.com kelmarin.

Menurut Din, perbuatan Ariel yang sudah merakam adegan seksualnya itu telah memberikan kesan buruk kepada masyarakat terutama generasi muda.

"Sudah jelas pornografi walau apa pun bentuknya mempunyai kesan buruk," tambah Din.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan