Teater Uda & Dara Masih Tiada Penaja

Diterbitkan: Sabtu, 26 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Haslina (kiri) menyerahkan cenderamata penghargaan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan yang pertama, Datuk Siti Azizah Abod yang hadir sebagai tetamu kehormat di majlis pelancaran Muzikal Uda dan Dara sambil diperhatikan oleh Juhari. - Foto oleh IQMAL HAQIM ROSMAN
Haslina (kiri) menyerahkan cenderamata penghargaan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan yang pertama, Datuk Siti Azizah Abod yang hadir sebagai tetamu kehormat di majlis pelancaran Muzikal Uda dan Dara sambil diperhatikan oleh Juhari. - Foto oleh IQMAL HAQIM ROSMAN

AGAK tersentuh apabila mendengar penerbit eksekutif Muzikal Uda dan Dara, Haslina Usman mendeklamasikan puisi Nesan Tak Condong sambil mengalirkan air matanya sempena pelancaran muzikal itu di Istana Budaya baru-baru ini.

Puisi ciptaannya itu diilhamkan selepas mengunjungi pusara arwah bapanya, Sasterawan Negara Datuk Dr. Usman Awang.

Disebalik duka yang dipamerkan, Haslinda turut berasa kecewa dengan sikap dingin syarikat korporat yang bagaikan acuh tak acuh untuk menaja muzikal terbitan syarikatnya iaitu UA Enterprises Sdn. Bhd. itu.

Sehingga sekarang, dia masih menantikan sumbangan penaja yang memandang sepi kepada muzikal yang mengangkat naskhah ulung arwah bapanya itu.

“Orang seni dan budaya seperti peminta sedekah. Persoalannya bila industri seni kita akan cerah,” soalnya ketika berucap dalam majlis tersebut.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani turut meluahkan rasa simpatinya kepada muzikal yang bakal dipentaskan pada 10 hingga 20 Julai ini.

“Setiap teater Melayu selalu menghadapi masalah untuk mendapat sokongan daripada syarikat korporat.

“Agak mengecewakan lebih-lebih lagi Muzikal Uda dan Dara tidak sampai sebulan lagi untuk dipentaskan tetapi masih tiada penaja,” ujarnya.

Bagaimanapun, Juhari tidak menafikan yang Istana Budaya ada menyediakan skim pinjaman untuk membantu syarikat produksi yang membuat pementasan di situ.

“Kami ada menyediakan skim pinjaman seperti yang disediakan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) tetapi ia berbeza memberikan pinjaman untuk sebuah filem berbanding teater.

“Saya tidak menafikan ada syarikat yang mahu memberikan sokongan kepada teater Melayu tetapi disebabkan krisis ekonomi yang berlaku sejak dua tahun kebelakangan ini, ia menjadi kekangan untuk mendapat penajaan yang besar.

“Jadi, sebab itu banyak syarikat yang memberikan alasan mereka tidak bersedia untuk memberikan pinjaman. Saya menyarankan kepada produser untuk menampung belanja dengan menggunakan wang sendiri terlebih dahulu,” jelasnya.

Dia mengambil contoh beberapa teater yang pada mulanya kurang mendapat penajaan tetapi selepas berjaya buat pertama kalinya, baru ada pihak yang membuka mata.

“Teater Muzikal Puteri Gunung Ledang musim pertama dan kedua tidak mendapat penajaan. Begitu juga dengan teater Muzikal Cuci yang susah untuk mendapat penajaan,” tambahnya yang mesra dengan panggilan Abang Joe itu.

Sementara itu, pengarah teater Muzikal Uda dan Dara, Datuk Rahim Razali juga turut meluahkan perasaan sedihnya apabila teater Melayu sukar mendapat sokongan daripada syarikat korporat.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan