Yusry Sunting Shahir Untuk Filem Seram

Diterbitkan: Jumaat, 25 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BARU sebulan Shahir (gambar) merasai kemanisan bergelar juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), dia sudah diintai untuk berlakon filem seram arahan pengarah, pelakon dan penyanyi tersohor, Yusry Abdul Halim berjudul Karak.

Shahir disunting untuk melakonkan salah satu watak utama dalam filem terbitan KRU Studios itu. Filem itu akan menjalani penggambaran pada 19 Julai ini.

Selain Shahir, semua pelakon dalam filem itu merupakan muka baru dalam industri perfileman.

“Saya sengaja mengambil semua muka baru berbanding muka lama untuk filem terbaru saya ini. Kebanyakan pelakon itu pernah berlakon dalam beberapa buah drama dan tidak dikenali ramai.

“Saya menggunakan teori sendiri iaitu jika mengambil muka lama, penonton sudah tahu cara mereka berlakon.

“Jadi, kalau kita ambil muka baru, penonton mungkin akan lebih suspens,” katanya yang masih menilai bakat dan karektor yang ada pada setiap pelakon itu.

Buat julung kalinya, pengarah filem Cicakman itu memilih genre seram sebagai taruhan terbarunya. Filem tersebut menghimpunkan cerita-cerita hantu dan seram sebenar yang berlaku di jalan lama di Lebuhraya Karak.

Alasannya, genre seram lebih mudah dihasilkan berbanding genre aksi. Kebetulan dia mendapat ilham daripada abangnya, Norman Abdul Halim mengenai Karak.

“Skrip filem ini ditulis oleh Norman. Saya memilih genre seram kerana mahu menghasilkan filem yang boleh disiapkan tanpa memakan masa yang lama.

“Ini kerana, filem Hikayat Merong Mahawangsa sendiri mengambil masa yang lama iaitu pra-produksi sahaja selama setahun, penggambaran selama dua bulan dan pasca produksi masih belum selesai sehingga sekarang,” beritahunya yang turut merancang untuk menghasilkan lagu untuk Shahir.

Filem Karak mengisahkan empat pelajar, dua lelaki dan dua perempuan yang bersahabat baik menempuh pelbagai peristiwa seram di Lebuhraya Karak selepas terlibat dalam sebuah kemalangan di situ ketika dalam perjalanan ke kampus mereka.

Disebabkan mengejar masa dan mahu cepat sampai, mereka menggunakan jalan lama di Lebuhraya Karak. Insiden yang berlaku pada waktu malam itu menyebabkan mereka diganggu oleh lembaga sehingga menyebabkan mereka ditimpa kemalangan.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan