Lady Gaga Mahu Buat Persembahan Dengan Mayat

Diterbitkan: Jumaat, 25 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Lady Gaga selalu mempunyai konsep baru dan pelil pada setiap penampilannya di pentas. Terbaru, penyanyi lagu popular Telephone itu mahu membawa mayat ke pentas.

Dia mengilhamkan ilmuwan Gunther Von Hagens untuk menghasilkan konsep menarik dalam persembahan jelajah Monster Ball. Tidak lama dulu, Gunther pernah membuat pertunjukan Body Worlds yang menampilkan mayat manusia dalam berbagai gaya.

"Lady sangat teruja dengan pekerjaan dan hidup Gunther sehingga lelaki itu mampu membuatkan Lady hanyut. Lady melihat semangat baru dan berharap boleh bertemu dengan Gunther di New York," ujar satu sumber kepada Contactmusic semalam.

Lady dan Gunther telah bertukar idea menerusi e-mel. Lady yang kembali dilanda kontroversi menerusi video muzik terbarunya, Alejandro itu ingin karya Gunther di Body Worlds tampil dalam konsertnya.

"Menurut Lady, ini akan menjadi bagus, sesuatu yang belum pernah dilakukan oleh sesiapapun, menggunakan mayat sebagai sebahagian daripada konsert," jelas sumber itu lagi.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan